Memang betul la. Si Ketua Penipu ni memang tak boleh ditanya lansung. Kalau ada orang tanya je, dia mesti marah pada orang tu.
Jadi tak heran la kalau wartawan tanya, dia terus tengking je diorang tanpa sebarang jawapan kepada soalan yang diajukan.
Mungkin sebab itu la dia suka buat ceramah daripada mengadakan sesi berdialog bagi menjawab persoalan yang timbul
Semuanya nak mengelakkan daripada ditanya la tu. Kalau tak percaya, cuba baca artikel dibawah ni secara teliti.
YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim yang asalnya dari PKR merumuskan sekurang-kurangnya dua faktor besar yang menyebabkan kredibiliti Anwar musnah.Pertama, faktor tuduhan melakukan seks luar tabie dengan pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berlaku di sebuah kondominium pada 26 Jun 2008.Kedua, faktor pembohongannya untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar. Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.“Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.“Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah”, katanya ketika ditemu bual di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.“Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini (kes Saiful) dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun”,katanya.Perbezaan kedua, katanya, DNA turut ditemui dalam lubang dubur Mohd Saiful dan disahkan oleh tidak kurang dari tujuh orang, termasuk doktor, pakar kimia dan forensik, sedangkan pada tahun 1998, tiada apa-apa penemuan DNA dari dubur Azizan dan keterangan sokongan hanya bergantung kepada seorang pakar forensik, Lim Kong Boon.“Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.“Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” (Anwar Ibrahim) dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur)”, katanya.Katanya, reaksi-reaksi Anwar yang defensif ketika itu telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan di kalangan aktivis-aktivis PKR.“Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.“Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar (lari) pergi ke Kedutaan Turki.“Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh”, katanya.Katanya, perancangan untuk membuat surat sumpah palsu kepada Muhamad Rahimi Osman dan Mohd Rasid Rosidi juga menimbulkan keraguan kerana ketika itu masyarakat tidak mengenali siapakah kedua-dua lelaki tersebut dan apa kaitan kedua lelaki itu dengan kes liwat Anwar.“Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain.“Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.“Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya”, katanya.
Hah! Kan betul. Sebabkan Zul Noordin ni bertanya - tanya la dia keluar PKR. Dah sah la Si Ketua Penipu tu memang pantang ditanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.