Ahad, September 25, 2011


Dah sah PKR Pahang ni memang tak boleh pakai. Nak pulak dengan Si Fauzi Pendek tu. Bukan baru - baru ni diorang buat hal. Dah banyak kali dah berlaku perkara seumpama ini.

Lepas satu persatu masalah menimpa diorang sejak akhir - akhir ni. Mulanya, 300 orang ahli PKR Inderamahkota bertindak keluar parti.

Kemudian ada pulak desakan kata AMK Cabang Inderamahkota nak letak jawatan beramai - ramai sebab keputusan pemilihan tahun lepas.

Semuanya ni kerana Ahli Parlimen diorang tak boleh buat kerja dan tak jaga kawasan sendiri. Dia lebih rela jaga tempat orang lain.

Yang terbaru, ada pulak Ketua Cabang PKR Bukit Bendera, Mentakab yang bertindak keluar parti sebab hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan.

Nak pulak dengan Si Ketua Penipu tu. Katanya, Si Ketua Penipu tu dah lari dari perjuangan asal Parti Kencing Rakyat.

Yang dia pun bodoh sangat nak percaya dengan SI Ketua Penipu tu buat apa? Dah nama pun Ketua Penipu, apa lagi yang dia mampu buat?

Sekarang, dah ada pulak cerita baru yang bakal memgoncang kepercayaan rakyat terhadap parti tu secara keseluruhannya.

Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang semalam, katanya dah ambik keputusan untuk memecat Ahli MPN PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy.

Turut dikenakan tindakan yang sama ialah Abd Rahman Othman (Bob Rahman) bekas Ketua Cabang PKR Pekan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat PKR Bentong dekat sini baru - baru ni.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat gara-gara tindakan mereka yang terlibat dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Si Zaid Ibrahim. 

Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Si Fauzi Pendek itu telah mengejutkan ramai pihak sebenarnya terutama sekali dikalangan ahli PKR sendiri.

Sebelum ini memang sudah ada "khabar angin" mengatakan Ponusamy atau lebih dikenali sebagai Ram bakal meninggalkan PKR. 

Tambahan pula dia sentiasa dilihat bersama Zaid ketika pelancaran Parti KITA di Batu Balai, Jerantut awal tahun ini.

Namun, dia menafikan tindakan tersebut dan memberi alasan kehadirannya ke program berkenaan hanyalah sebagai menghormati jemputan kawan, KONONnya.

"Saya hadir atas undangan sahabat dan tidak lebih dari itu. Tiada kesalahan yang saya lakukan. Zaid juga adalah sahabat saya. Kenapa perlu kenakan tindakan terhadap saya", kata Ram ketika itu. 

Difahamkan, Ram dan Abd Rahman bakal bertanding untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan pada Oktober ini. 

Mereka akan menentang Roslan Mohd Tahir bagi jawatan Ketua, manakala Ram pula bakal ditentang oleh Mohd Kamal Yusof bagi jawatan Timbalan Ketua. 

Dengan keputusan MPN Pahang semalam, apakah ini bermakna mereka berdua juga tidak layak untuk bertanding bagi jawatan terbabit?

Jika benar, keputusan tersebut pasti akan memberikan Penampar Maut yang lebih besar kepada parti PKR di Pahang secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini.

Tapi, apa nak pelik. Semuanya berkaitan dengan perebutan kuasa belaka. Diorang ni bukannya ada agenda lain. Asyik gilakan kuasa je kerjanya!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Menurut sumber PKR, seorng lagi orang kuat Fauzi pendek iaitu Razali Alias juga dalam proses meninggalkan parti haram jadah tersebut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping