Khamis, September 29, 2011


Wah!!! Kalah drama swasta la puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Macam cerita cinta pulak dibuatnya. Ada yang gila talak. Ada jugak yang cemburu buta.

Bab cerai berai dah buat. Bab tipu kekasih hati pun sudah. Lepas ni, diorang nak buat bab apa pulak? Plot scene apa yang akan menjadi mainan puak - puak Pakatan Pembangkang ni nanti?

Diorang ingat masa depan Negara ni macam buat drama kat televisyen ke? Sesuka hati je nak buat main - main. Perangai tak berubah - ubah. Masing - masing macam sial!!!
JOHOR BAHRU - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, diminta supaya berubah kerana peranannya yang bukan lagi sebagai anggota pembangkang biasa tetapi pemimpin yang perlu memiliki perspektif untuk melihat seluruh negara membangun. 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan Guan Eng seperti yang dilaporkan dalam sebuah televisyen tempatan baru-baru ini dan media tempatan disifatkan didorong rasa cemburu, berunsur sabotaj, tidak patriotik dan nasionalistik. 
“Saya rasa Guan Eng iri hati terhadap kejayaan dan pencapaian Johor terutama menerusi pelaksanaan Iskandar Malaysia yang menarik ramai pelabur dari Singapura untuk melabur di koridor selatan itu. 
"Tindakan beliau membuat dakwaan sedemikian pada saya ada unsur sabotaj, tidak patriotik dan nasionalistik,” katanya pada Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Johor Ke-50 2011 di Hotel New York di sini, malam kelmarin. 
Beliau, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Johor sebahagian daripada Malaysia dan seseorang pemimpin perlu bersama berusaha menarik pelabur asing masuk ke negara ini tidak kira di mana kerana manfaatnya untuk seluruh rakyat negara. 
“Dia tidak boleh bertindak seperti seorang pembangkang dalam menarik pelabur asing. Seperti Kerajaan Pusat, kita menarik pelabur asing dengan menjelaskan kemudahan yang ada antaranya di Selangor mahupun Pulau Pinang dan tidak pula bertindak menggalakkan pelaburan hanya di negeri tertentu. 
“Sepatutnya, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng juga patut bersifat sedemikian. Dia bukan lagi anggota pembangkang biasa dan sepatutnya keluar dari kepompong lama dengan hanya hendak melihat pelabur Singapura datang ke Pulau Pinang dengan mencemuh Johor sebagai negeri berbahaya,” katanya. 
Puad berkata, ramai rakyat Singapura dilihat menyeberang ke Johor setiap hari untuk membeli belah, makan malam dan basuh kereta. 
“Ada mereka takut hendak kena culik dan sebagainya? Sebab itu keterlaluan dakwaannya dan berunsur sabotaj,” katanya sambil melihat sewajarnya Guan Eng yang berasal dari Batu Pahat tidak perlu berniat jahat memburukkan negeri kelahirannya. 
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan kenyataan Guan Eng mengenai isu terbaru ini semalam gagal, kerana dikatakan berada di luar negara. 
Ps: Kalau dah tak reti buat kerja tu, mengaku je la Biawak oi!!! Tak payah la nak kondem orang sana sini. Lepas tu tak nak mengaku pulak. Memang dasar Biawak la lu ni. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Biasa lah LGE..... Dia ni bukan ada semangat Nationalistik untok Malaysia.... Dia cuma taat kepada China.... Wahai penyokong PAS.... Masih tak boleh tengok lagi ke dengan jelas ........ Hampasss lah jawab nyer.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping