Itu persoalan yang timbul ekoran dakwaan serta tuduhan yang dibuat oleh Malaysian Insider mengenai isu kematian wartawan Bernama baru - baru ini.
Mereka mempergunakan kenyataan dari keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor untuk memburuk - burukkan imej Putera UMNO sebagai penganjur misi ke Somalia.
Berikut adalah petikan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia Insider mengenai isu tersebut:
SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepadaThe Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.
Betul ke Allahyarham Noramfaizul tidak memakai baju kalis peluru seperti yang didakwa oleh bapa saudaranya itu? Ikuti kenyataan dari Dr. Alwi:
"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini.Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.
Agak - agak korang, dakwaan siapa yang boleh diterima dalam isu baju kalis peluru ni? Adakah dakwaan yang dibuat oleh Malaysian Insider atau Dr. Alwi?
Berbalik kepada persoalan utama diatas, pihak Putera UMNO memang sedia memikul tanggungjawab kerana menganjurkan misi tersebut.
Maka sebab itulah mereka yang menyertai misi ini diberikan insuran nyawa sekiranya ada apa - apa yang berlaku terhadap peserta.
Malah, Pengurus Besar Bernama sendiri pun dah memberikan jaminan bahawa segala tanggungan akan diberikan kepada keluarga Allahyarham. JKM pun sedia membantu.
Jadi, sekarang Semut nak tanya pulak. Siapa yang tanggung keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih tempoh hari?
Adakah sara hidup keluarga itu dibayar dengan dana yang diperolehi dari luar Negara oleh Ambiga? Adakah yuran persekolahan anak - anaknya ditanggung oleh dia?
Siapa yang menyediakan nasi diatas meja keluarga Allahyarham? Adakah Anugay tu yang bagi duit poket dan juga duit dapur kepada keluarga Baharudin?
Hah!!! Pandai sangat buat dakwaan dan tuduhan, sekarang jawab la!!! Siapa yang bagi bantuan - bantuan tu? Boleh Malaysian Insider jelaskan mengenai perkara ini kepada Semut?
Atau diorang hanya sekadar tau mempersoal dan mempertikaikan sahaja? Jangan setakat pandai cakap, tapi buatnya tak reti!!!
Binatang binatang ni bukan tau apa apa. Jenis menyalak....nak kata anjing pun bukan khinzir pon bukan....cehhh.....
BalasPadamlaaaa tak taw ka,....tu lah namanya syaitan bertopeng manusia
BalasPadamSomalia, Syria, Palestin, Libya, Iraq dsbnya. Negara-negra ini berperang sesama sendiri dalam negara masing-masing. Berperang sebab pemimpin-pemimpin mereka masih lagi mempunyai sifat jahiliah didalam diri meski pun berugama islam, tetapi tindak laku adalah tamak, berhasad dengki dan ianya menebal dlam diri mereka. Rakyat menjadi mangsa. Seterusnya meletak negara-negara tersebut dalam keadaan bahaya bagi sesiapa pun terutamanya kepada orang luar atau pelawat kenegara-negara tersebut.
BalasPadamOrang cerdik pandai dah kata, keadaan dalam negara itu bahaya, mesti berhati-hati. Maksud yang lebih tepat, kalau dah tahu negara itu dalam keadaan bahaya, buat apa pergi kesana. Apa yang nak sangat dicari. Kalau nak bantu manusia, ada banyak lagi negara miskin yang aman dan tiada peperangan yang boleh dibantu.
Negeri sendiri pun ramai yang daif dan miskin, negara orang nak disibukkan. lagi satu, kat malaysia ni kalau bergaduh tentang kefahaman politik pun, tak lah sampai berbunuh-bunuh bukan macam negara lain. Cuba fikir kenapa. Orang malaysia terutamanya orang melayu adalah satu bangsa yang beradab dan tidak pernah melampaui batas. Kalau ada yang melampaui batas pun, orang tersebut telah ditaja oleh orang yang sejenis dengan bangsa dari negara yang suka berkongsi gelap yang berbunuh-bunuhan.
Cukup-cukuplah cerita pasal yang telah terkorban dibumi yang huru hara tu. Yang telah meninggal dunia telah pun memulakan hidup sebenar dialam yang baru. Ni yang belum meninggal dunia ni patut berfikir bagaimana nak meninggal dunia tanpa ada sebarang pertikaian tentang cara kematian.
Setuju dengan tanpa nama 933.
BalasPadamRezeki, jodoh, maut di tangan Allah.
jika tak hantar pun pasti ade org yg pertikai..! misi kemanusiaan melambangkan budaya persahabatan dikalangan manusia sejagat.dengan menghulurkan bantuan kpd negara yg amat2 memerlukan bantuan seperti somalia adalah sesuatu kerja yg amat mulia. kesengsaraan mereka telah diperlihatkan oleh Allah, tp kesengsaraan dan dugaan yg teruk bg negara kita blum pasti bagaimana keadaannya :: berperang, bencana alam dll. mudah mudahan dgn kerja murni ini apabila negara kita menghadapi musibah iAllah akan ada negara2 pula yg menghulurkan bantuan.kematian itu adalah sesuatu yg pasti bg setiap manusia. sy amat berbanggga ramai sukarelawan yg sanggup mengharungi perjalanan yg bahaya dlm menyampaikan misi.
BalasPadamadakah kita suka berpeluk tubuh sambil melihat saudara islam kita kebuluran?????...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui....
Salam Takziah Buat Keluarga Noramfaizul
Al-Fatihah.....