Selasa, September 20, 2011


Perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu tu bersambung lagi hari ini dan tiba giliran Pendakwa Raya pulak buat soal balas.

Mulanya, Peguam Mohd Yusof membuka sesi pagi tadi dengan soalan dengan bertanyakan mengenai kes mahkamah dimana kenyataan Brain pernah ditolak di Australia.

Yusof: Hanya semata - mata saksi dapat menjelaskan terma dan terminalogi tidak bermakna dia seorang Pakar.

Mohd Yusof kemudiannya menyoal Dr. Brain mengenai pengalamannya dalam membuat ujian Forensik DNA. Dr. Brain menjelaskan yang dia ada 30 tahun pengalaman.

Dr. Brain juga turut menjelaskan bahawa dia juga turut menganjurkan latihan dalam membuat ujian ke atas DNA.

Yusof: Bilakah kali terakhir Awak menjalankan ujian DNA?

Dr. Brain: Saya bukan Juru Teknik, saya Senior Saintis. Kali terakhir saya buat kerja teknikal adalah pada tahun 2004.

Mohd Yusof kemudian merujuk kepada sebuah kes yang pernah melibatkan Dr. Brain McDonald di Brunei dimana Mahkamah menerima hasil kajian dia.

Walaubagaimana pun, Mahkamah lebih tertarik dengan hasil yang diperolehi oleh Ahli Kimia Negara yang turut menjalankan ujian yang sama.

Yusof kemudian membacakan satu lagi kes mahkamah yang turut melibatkan Dr. Brain yang menimbulkan isu pada tahun 2008.

Mohd Yusof juga berkata, artikel tersebut turut menjelaskan bahawa Dr. Brain tidak mempunyai pengalaman dan kualifikasi didalam Molekul Genetik.

Kata Mohd Yusof lagi, Dr. Brain McDonald hanya merujuk kepada buku Journal semata - mata untuk mendapatkan pengetahuan yang dia ada.

Ianya seolah - olah diakui oleh Dr. Brain apabila dia menyatakan bahawa dia hanya merujuk kepada transkrip yang disediakan oleh Dr. Seah dan Dr. Aidora sahaja.

Dr. Brain menjelaskan bahawa dalam kes di Thailand, dia tidak faham dengan dokumen yang diperolehi dari Negara tersebut.

Dr. Brain: Awak suruh saya bersetuju dengan sesuatu yang saya sendiri tak faham. Saya tidak akan melakukannya.

Dr. Brain juga turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mendengar mengenai journal tersebut. Mohd Yusof menyindir, ianya kerana Dr. Brain hanya membaca Journal dari Australia sahaja.

Artikel tersebut menjelaskan bahawa pada tahun 1987, GM Willot dan JE Allard menyatakan bahawa semen boleh bertahan dalam rektum seseorang dari 4 hingga ke 113 jam.

Mahkamah tangguh sehingga waktu makan tengahari.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping