Halaihai!!! Kesian pulak tengok Si Mazlan Aliman ni ye. Kerap dangat dah dia tertelan air liur dia sendiri melihat kemewahan yang dimiliki oleh Peneroka.
Lepas Felda, Felcra pulak umumkan yang diorang dapat bantuan dan dividen yang lumayan daripada pihak pengurusan.
Yang dia pulak, dok makan la hasil daripada kes saman Peneroka yang tak selesai - selesai lagi tu. Itu pun dia nak bangga dengan pencapaian dia. Dasar manusia tak sedar diri.
Orang suruh usahakan tanah milik keluarga dia tak nak. Nak jugak dia menangguk di air yang keruh. Ini la dia sifat orang yang pemalas. Suka makan atas hasil orang lain.
Adakah orang semacam ini yang nak dijadikan sebagai seorang pemimpin kepada Generasi Kedua Peneroka? Lupa kan je la. Setakat makan hasil orang boleh la. Suruh dia usaha sendiri tengok. Baru dia tau langit tinggi ke rendah!!!
SLIM RIVER 25 Okt. - Felcra Berhad (Felcra) memperuntukkan RM70 juta bagi membayar dividen kepada hampir 19,000 pesertanya di sekitar Perak tahun ini.Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd. Rahman berkata, jumlah berkenaan bertambah RM12 juta berbanding hanya RM58 juta pada tahun lalu."Peningkatan dividen itu disebabkan harga komoditi sawit dan getah di pasaran global meningkat dan peningkatan harga di pasaran global secara tidak langsung memberi pendapatan yang baik kepada Felcra dan pesertanya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Daya Gerakan Desa sempena penutupan sambutan Bulan Kemerdekaan Felcra Peringkat Negeri Perak di perkampungan Program Penempatan Semula Kampung (PPSK) Felcra Serigala di sini, semalam.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Datuk Khusairi Abd. Talib dan Pengurus Felcra Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria.Beliau berkata, Felcra membuat empat kali bayaran dividen iaitu tiga kali sudah dibayar termasuk ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini, manakala bayaran kali keempat akan dibuat pada penggal pembukaan sekolah awal tahun depan."Peneroka bakal menerima dividen antara RM3,500 hingga melebihi RM6,000 bergantung kepada jumlah keluasan tanah serta pengeluaran hasil ladang mereka," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.