Rabu, Oktober 05, 2011

"Halamak!!! Macam Mana Aku Tak Boleh Perasan Ni???"
Hahaha!!! Nak berguling - guling bila Semut tengok apa yang didedahkan oleh rakan - rakan blogger mengenai pembentangan Bajet Ganja Pakatan Pembangkang ni.

Sebelum tu, biar Semut jelaskan, kenapa Semut panggil Bajet diorang Bajet Ganja. Ianya disebabkan bajet tersebut dibuat macam orang tengah kena ganja.

Macam orang tengah khayal tak tentu arah je. Jadi, sebab itulah bajet tersebut Semut namakan sebagai Bajet Ganja.

Berbalik kepada isu mengenai Bajet Ganja puak - puak Pakatan Pembangkang ni pulak. Rupanya, bajet yang dibuat ni kebanyakkannya hanya di 'Kitar Semula'.

Salah satu yang paling popular sekali ialah pemberian duit elaun kepada Ibu - Ibu atau Suri Rumah bagi membantu mereka.
─ Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
Macam pernah dengar je kan janjini? Meh tengok apa yang ditulis didalam Manifesto Pakatan Pembangkang di Selangor 3 TAHUN yang lalu:


Hah!!! Macam mana? Kan dah terang - terang tulis dalam manifesto tu perkara yang sama? Tapi sampai sekarang, ianya masih belum dilaksanakan.

Kenapa diorang tak laksanakan perkara ni padahal diorang dah diberi tempoh selama 3 tahun untuk melaksanakannya?

Itulah. Buat lagi Bajet masa tengah 'pekena' ganja. Inilah jadinya. Khayal sampai tak sedar yang diorang sekadar mengguna semula janji - janji lama.

Yang lama pun tak tertunai, dah nak buat yang baru? Dasar manusia tak sedar diri betul la diorang ni. Ada hati pulak tu nak jadi pemimpin Negara. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Panggil la pakar psikologi tengok gambar dorang berdiri di meja tu.

    Terang terang macam penyamun. Ngeri tengok. Macam dah tak da kerja. Al maklum la konon PRU 13 dah dekat.

    Ayam berkokok ekor berlumuran taik.

    Itu lah dorang. Kerja kat negari masing masing hancur. Janji banyak tak tertunai. Bermimpi pula nak memerintah satu Malaysia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping