Bunyinya macam tak logik. Tapi mungkin itulah yang mahu dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu dalam laporan yang disiarkan dalam laman portal Meloyakini hari ini.
Kononnya, kata Si Ketua Penipu tu, bantuan kemiskinan yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara berlaku kepincangan dan mengaibkan.
Tapi dalam masa yang sama, Laporan tersebut juga turut mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan dalam menguruskan isu perumahan.
KOTA BHARU - Selalunya pemimpin Pas seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah banyak mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi kali ini apa pula kata mereka selepas dikritik.Laporan Ketua Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Melalui peruntukan itu kerajaan negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya.Dalam tempoh RMK-9 tiada langsung projek RAKR dibina sebagaimana yang dirancang malah pembinaan projek sambungan RMK-8 secara usaha sama melibatkan dua blok pangsapuri yang mempunyai 160 RAKR di Wakaf Mek Zainab tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. - Sumber KelateKito
Hah! Macam mana Si Ketua Penipu ni boleh menkritik kepimpinan Si Wali Terompah tu yang jelas GAGAL dalam melaksanakan tanggungjawab dia?
Adakah Si Ketua Penipu tu tak nampak yang perkara tersebut juga turut berlaku dalam pemerintahan Negeri - Negeri Pakatan Pembangkang sendiri?
Persoalan yang lebih utama ialah, ke mana pulak perginya duit peruntukan bantuan sebanyak RM19juta tu? Ke mana ianya dilaburkan?
Jangan kata 8ratus buah rumah. Sebijik rumah pun diorang tak buat pun di Kelantan. Tidakkah ini dikira sebagai Kepincangan yang Mengaibkan?
Dah semakin jelas puak - puak Pakatan Pembangkang ni suka sangat mengantoikan diri mereka sendiri. Itulah balasannya bila suka sangat tengok nyamuk diseberang laut. Gajah mati depan mata, diorang buat - buat tak nampak pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.