Huk ala!!! Dia ni tak habis - habis dengan muka ketat dia ek. Kalu boleh dengan semua orang pun dia nak buat muka macam ni.
Patut la penyokong - penyokong dia di kawasan Lembah Pantai pun dah mula muak dengan dia ni. Kalau muka tu manis, tak pe jugak. Ini, masam je. Menda kejadahnya.
Si Nurul Izzah ni bermasam muka pun bukan sebab apa. Dia terbaca artikel dibawah ni. Jadi sebab itu la muka dia 'ketat' semacam je.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah dia tak reti buat kerja. Jadi memang patut sangat la dia marah bila ada orang ambik berat dengan kebajikan rakyat.
Yang dia pulak, tau asyik nak ajak orang berhimpun dan buat kecoh je memangjang. Semua orang tak betul. Kalau betul pun, semuanya konspirasi belaka. Mana tak orang pun menyampah!!!
KUALA LUMPUR 1 Okt. — Kira-kira 24,000 pemohon yang menghadapi masalah pinjaman bank untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan diberi pinjaman mudah yang diuruskan skim Syarikat Perantara Kegunaan Khas (SPV) di bawah naungan Yayasan Wilayah Persekutuan (WP).Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pembeli yang diberikan pinjaman akan melakukan proses pembayaran semula kepada SPV dengan kadar bayaran serendah RM150 hingga RM300 sebulan."Apabila kita sudah memberikan pinjaman, mereka (pembeli) haruslah bertanggungjawab untuk membayar kembali kepada SPV dan kita akan dapatkan kelulusan secepat mungkin daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan skim ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Beliau berkata, kementerian mendapat modal daripada Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM1.5 bilion bagi membantu pembeli yang gagal membuat pinjaman disebabkan masalah kewangan dan disenarai hitam oleh pihak bank.Nong Chik berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan rumah PPR tanpa ada kekangan untuk mereka membelinya.Katanya bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli, boleh menyewa terlebih dahulu kerana kerajaan telah menyediakan kira-kira 35,000 unit rumah PPR di Wilayah Persekutuan. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.