TEMERLOH, 25 Okt: Pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman mahu masyarakat sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi juga melibatkan persoalan tauhid dalam diri seseorang sebagai tunjang.
Selebriti yang lebih dikenali sebagai Bob Lokman itu, berkata malangnya ramai yang terpengaruh dengan istilah ‘Melayu itu Islam’ sehinggakan tidak pernah untuk menilai semula tauhid atau pun menuntut ilmu.
“Saya baru 9 bulan berada di atas jalan pulang yang benar...tau kenapa setelah umur 47 baru sedar? Sebab kesilapan paling besar saya lambat ialah kerana selama ini saya terpengaruh dengan istilah Melayu itu Islam.
“Pegangan itu membuatkan saya rasa sentiasa selesa. Sepatutnya semua kena sedar bahawa murtad bukan saja beratur di mahkamah untuk tukar agama tetapi persoalan tauhid pun jarang dibicarakan, sedangkan tauhid itu tunjang,” katanya.
Ps: Semua orang tahu yang asas dan tunjang dalam Islam tu bermulanya di rumah dimana ibu bapa wajib menjalankan tanggungajwab mereka.
Dalam soal pasal Si Bob Lokman ni, dia nak salahkan mak bapak dia pulak ke sebab tak mendedahkan kepentingan tauhid dalam kehidupan?
Kalau tidak, kenapa selepas 47 tahun baru dia nak sedar? Kalau ibu bapak dia dah didik dia sejak dari kecik, dah tentu dia tahu perkara tersebut.
Jangan nak cuba salahkan orang lain la diatas kesilapan diri sendiri. Allah bagi hidayah kepada kita supaya kita boleh bermuhasabah.
Bukan suruh kita berbangga - bangga dengan apa yang kita ada. Bukan suruh kita riak tak tentu arah dan menyalahkan orang lain.
Takkan benda tu dia tak tau? Si Wali Terompah tu tak ajar dia ke? Haji Hadi tak bagitau pasal benda ni? Apa yang Si Mat Syabun tu buat? Tak tarbiah dia ke mengenai perkara ni?
Dari apa yang dibuat oleh Si Bob Lokman ni, nampak sangat yang tauhid dalam hati dia masih lagi cetek. Itu pun dia ada hati nak ajar orang lain konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Semakin byk dia meraban... takpe, Allah tengah tunjukkan kepada dia. Nescaya satu hari nnt, dia akan menyesal berkata apa yang dia kata sekarang ini.
BalasPadamWahai bob lokman, baguslah awak sudah sedar tapi kau juga perlu sedar kau dalam pas ni ibarat bernafas dalam lumpur, cuba cari org luar yang lebih arif serta alim dalam ugama, ambil pendapat mereke mereka ini, jangan kau tanya pak lebai pas mereka ini ramai yang sesat, jangan kau percaya masuk pas balasan nya surga, belum tentu beb...kasihan kau, ceramah kau, hanya pengikut pengikut buta pas aje yang datang, kau tengok baru baru ni kau datang ceramah di Langkawi, hanya 50 org saja yang datang dengar ceramah kau, makna nya ramai pengikut pengikut pas sendiri dah tak percaya dengan pas lagi, pas dah jadi parti ajaran sesat, lagi di ikut lagi bertambah sesat
BalasPadamWahai Bob,
BalasPadamkau tak ingat ke masa kecik2 dulu di pasir puteh kelantan,kito mengaji quran sama2 di masjid dengan tok imam. Masa tu ayah kau bilal masjid. Jangan nak salahkan mak bapak kau pulak. Tak patut.
Tanpa Nama berkata....
BalasPadamkalau selalu baca komen dalam semut hitam ni orang melayu boleh jadi bodoh.
Diri sendiri yg gagal tp nak salahkan bangsa dan org lain pulak...
BalasPadamBerjaya atau gagal dlm hidup tidak ada kena mengena dgn bangsa... diri sendiri yg patut dipersalahkan.
Pergilah mendalami ilmu agama ni betul2 bob yg kau pergi masuk parti politik tu buat apa, yg kau dpt ilmu politik sbb tu ckp kau pun dah ckp politik.
Aku tengok kau ni pun dah semakin sombong, ego seolah2 kau dah anggap diri kau ni seperti ulamak tersohor... habis semua org kau kata salah, x islam mcm2 lagi.
Tuntutlah ilmu agama dgn sebenar2nya utk memperbaiki diri sendiri dahulu kemudian utk keluarga kau, bukan tuntut ilmu politik Bob.
DAH DAPAT JALAN PULANG?.Patutnya otak tak berserabut. patutnya bercahaya muka orang lihat. sejuk dengar kata-kata. LA NI? Lihat muka!serabai, dengar katanya. penuh nista... mudah-mudahan jadi macam rasul kita berdakwah tanpa landasan politik. Indahnya.kesianlah pada agama yang dijadikan mainan. besar khilafnya.
BalasPadamJalan pulang ke jalan sesat tu Bob? Jalan pulang sepatutnya penuh dengan kata-kata yg elok. Ke kau masih tak ke mana-mana dan memang tak nampak jalan pulang? Muhasabah diri dan solat istikharahlah Bob.
BalasPadamTanpa Nama Berkata
BalasPadamKalau dah dasar orang UMNO orang tegur perkara yg baik cukup susah nak terima khasnya kpd pengulas2
yang dok kutuk c Bob.