PAS memang tidak berminat untuk membela masyarakat Melayu. Kami ingin berkongsi masalah penduduk Islam Sek 19 yang terpaksa berdepan masalah kuil Hindu.
Walaupun rumah Naib presiden PAS tidak jauh dari kuil itu tetapi tidak ada usaha pemimpin itu untuk menyelesaikan masalah dihadapi jiran - jiran berhampiran kuil itu.
Pihak kuil mendapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Wakil Rakyat Islam terlalu menjaga hati puak kafir tanpa peduli kesan yang dihadapi penduduk Islam.
Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi panas pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit.
Tahun 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Semua setinggan dipindahkan tahun 2005.
Pada 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT.
Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai disambung lagi. Pada 28/07/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”.
Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil telah dibesarkan menjadi 5 bilik.
Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam.
Usaha penduduk bertahun-tahun minta kuil pindah jadi sia-sia. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah.
Aduan kepada wakil rakyat tidak ada tindakan. Pada 21/7/2008 tiga buah lori membawa masuk bahan binaan. Penduduk tahan sebuah lori mereka kata kerajaan Selangor lulus besarkan kuil.
Aktiviti kuil bertambah hebat selepas itu. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari.
Keadaan bertambah bising bila ada keramaian, mereka mula bergendang ketika azan Maghrib. Waktu bergendang semakin panjang hingga tengah malam. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh bila mereka berkumpul ramai dikuil itu.
Aduan demi aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO Dis 2008 ketika gangguan semakin kronik. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi Khalid Samad yg menyerang NGO pada 08/01/2009 (semak Minaq-Jinggo AP Shah Alam pertahan kuil).
Pada 10/01/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Sek 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di Kuala Terengganu. Artikel itu tersebar luas dlm blog pro PR.
Ada yang buat tuduhan UMNO nak rampas Selangor. Penduduk Sek 19 diganggu Hindu dan NGO yg membantu dikecam pembaca blog.
Pada 12/1/2009 artikel Khalid Samad Undang2 DS dan BN menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu.
Pada 18/8/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23. Menurut Khalid Samad ikutkan Hindu mereka ingin kuil kekal ditapak itu.
Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah “Tiada kuil baru tiada kuil diroboh”. Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk tinggal berhampiran kuil. NGO bantu penduduk Sek 19 disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu.
Ogos 2009 TV Selangor siarkan sidang media Khalid mengenai pemindahan kuil Sek 19. NGO dituduh sebagai UMNO menimbulkan ketegangan di Sek 19? Siapa sebenarnya yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam?
Ps: Bahagian seterusnya akan Semut terbitkan sebelah petang sebelum pulang kerja nanti. Apa yang penting, aduan ni membuktikan yang Si Khalid Gereja tu tak reti buat kerja.
Jauh sekali dia nak membantu mempertahankan orang Melayu. Jangan cakap la bab nak memperjuangkan Islam secara keseluruhannya!!!
Agama dia bole lacurkan inikan pula bangsanya ?
BalasPadam