Selasa, Oktober 18, 2011


Halamak ai!!! Mati - mati la Semut ingat Si Hu Pang Chow ni dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai isu Hukum Hudud. Tapi rupanya ada cerita disebalik cerita.

Sebelum ni, Ketua Penerangan PAS Pusat, Si Pak Berahim tu kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS tu akan dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai isu Hukum Hudud.

Daripada apa yang Semut dengar lain pulak ceritanya. Ianya ada kaitan dengan kepimpinan PAS Negeri Kelantan. Apa ceritanya? Meh baca artikel dibawah:

“JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal untuk menarik sebarang pelaburan baru dalam tempoh 10 tahun ini malah keadaan menjadi lebih buruk apabila ada di antara pelabur sedia ada berpindah ke negeri lain.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, itu adalah hakikat sebenar yang berlaku di negeri ini disebabkan kerajaan yang memerintah tidak dapat mewujudkan suasana yang ‘mesra’ pelabur.
Beliau berkata, negeri ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain tetapi ia tidak pernah digunakan.
“Saya tidak marah kepada kerajaan negeri, saya bercakap untuk membaiki kelemahan, banyak turun padang dan jumpa pelabur dari dalam dan luar negara. Mereka pernah bersungut macam-macam masalah dengan saya. Apabila keadaan ‘tidak menentu’ lebih baik mereka pergi ke negeri lain.
“Sejak 10 tahun lalu tiada pelaburan di negeri ini, saya pernah sebut (mengenai masalah pelaburan) ini tetapi nampaknya saya seperti budak di tepi jalan yang tidak diendahkan kerana saya bukan orang besar yang kata-katanya perlu diambil berat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai entri terbaru dalam laman blog Kickdefella bahawa Pang Chaw tidak akan meninggalkan Pas dan beliau kecewa dengan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan melakukan transformasi.
Dalam entri tersebut, penulisnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata: “Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chaw dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua untuk membantu membangunkan Kelantan.
“Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.”
Pang Chaw berkata, pelabur hari ini boleh pergi ke mana-mana tempat di seluruh dunia yang menyediakan tawaran yang lebih baik kepada mereka.
“Pelabur ada duit, mereka boleh pergi satu dunia, apa kelebihan kita untuk menarik mereka datang. Contohnya Kelantan kalau tidak tunjukkan kelebihan dan keistimewaan pelabur tidak akan masuk.
“Sebenarnya Kelantan kaya dengan sumber asli, penduduk yang ramah dan tanah yang luas, negeri yang penuh dengan sejarah, tetapi semua ini tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.”
Ps: Hah!!! Sapa nak jawab mengenai isu ni? Adakah apa yang didedahkan oleh Si Hu Pang Chaw ni benar atau sebaliknya? Betul ke Kerajaan PAS Kelantan tak tau buat kerja?

Mana Si Nurul Izzah tu? Kalau sebelum ni, dia beria - ia buat dakwaan kononnya ada peningkatan dalam pelaburan di Negeri Kelantan. Sekarang apa cerita? Takkan diorang nak senyap pulak kot!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping