Hari ini, Peguam Pendakwa, Mohd Yusof Zainal Abidin mula menyoal balas saksi pembelaan, Dr. Thomas Hoogland.
Permulaannya, Mohd Yusof meminta penjelasan mengenai 'Spinal Stenosis' kepada Dr. Hoogland.
Hoogland menjelaskan bahawa Spinal Stenosis merupakan penyempitan dalam ruang saraf akibat pembesaran Hypotrophy.
Selain itu, dia juga menyatakan bahawa penyakit Arthritis ini tidak hanya bergantung kepada usia secara lansung.
"Orang muda mempunyai tisu yang kuat, jarang mengalami kecederaan dengan mudah. Apabila usia meningkat, 'Disc Joint' diantara tulang akan menjadi lemah'" jelas Hoogland lagi.
Mohd Yusof kemudian bertanya, bagaimana kaedah yang dilakukan oleh Dr. Hoogland untuk memeriksa penyakit ini.
Hoogland kata, dia akan memeriksa dibahagian pinggan kemudian baru tulang belakang. Dia juga akan meminta pesakit untuk bergerak.
Bagi Si Ketua Penipu tu, kata Hoogland, ianya bukan mengenai berapa jauh dia mampu membongkok, tetapi berapa sakit.
Mohd Yusof bertanya, bagaimana ianya mungkin sedangkan Si Ketua Penipu itu tidak mampu berdiri pada tahun 2004.
Hoogland menjelaskan bahawa dia merujuk kepada ujian yang dibuat menggunakan MRI yang menunjukkan pemyempitan 'Spinal Canal'.
Mohd Yusof kemudian menanyakan sekiranya ujian MRI menunjukkan 'Degeneratin' pada tulang belakang Si Ketua Penipu itu.
Hoogland kata, Arthritis adalah disebabkan kerosakan pada cartilage di bahagian tulang belakang. Sekiranya berlaku trauma, cartilage ini akan pecah.
Mohd Yusof membaca laporan ujian perubatan Si Ketua Penipu yang dibuat pada Februari 2005 menunjukkan pergerakannya Normal.
Hoogland cuba menjelaskan yang Si Ketua Penipu itu mampu bergerak dari 0 hingga 60 darjah tanpa sebarang masalah melalui mesin ujian.
Mohd Yusof kemudian menegaskan bahawa Dr. hoogland mengesahkan Si Ketua Penipu itu mengalami sakit belakang, kebas dibahagian bawah lutut dan sakit dibahagian tengkuk.
Hoogland juga turut menjelaskan yang Si Ketua Penipu itu mampu membongkok sebanyak 15 darjah berbanding 6 darjah pada tahun 2005.
Mahkamah kemudian ditayangkan sesi video yang menunjukkan Si Ketua Penipu itu membongkok untuk mengambil sesuatu. Hoogland menjelaskan pergerakan itu terlalu laju.
Sejurus selepas tayangan tersebut, Hoogland kata, dia tidak pernah kata yang Ketua Penipu tu tak boleh membongkok, kecuali dia mengalami kesakitan.
Maka sebab itulah dia menasihatkan agar Si Ketua Penipu itu sentiasa bergerak dengan perlahan - lahan dan berhati - hati.
Keterangan seterusnya disambung menggunakan kamera dan ditangguhkan sejurus selepas itu. Bersambung semula 17 Oktober depan.
Ps: Pembentangan Bajet 2012 akan Semut siarkan selepas ini nanti...
Ps: Pembentangan Bajet 2012 akan Semut siarkan selepas ini nanti...
Yang digunakaan oleh DSAI bukan nya tulang..tapi urat..Bukan Tulang ---Urat, Bukan lama ---sekejap. Bukan sakit---sedap. bukan Pak benggali - Pak arab.Bukan terlentang---tertiarap.
BalasPadam