KUANTAN - Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR Cabang Kuantan sedia berdepan calon lawan sama ada dari UMNO atau MCA bagi mengekalkan kerusi parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kesediaan MCA untuk berbincang dengan UMNO bagi menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan bukan satu isu bagi PR sebaliknya ia satu gambaran parti yang mewakili kaum Cina itu semakin terdesak dan sudah hilang taring.
“Saya tidak kisah kalau UMNO atau MCA yang bertanding di Kuantan kerana bagi PKR, kami sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja calon daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan muka depan Sinar Harian, semalam mengenai kesediaan MCA Kuantan menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO, namun dengan syarat pertukaran dengan kerusi lain di daerah itu untuk mereka.
Menurutnya, MCA sudah hilang keyakinan terhadap sokongan pengundi Cina di Kuantan justeru itu mereka cuba untuk mencari peluang di kawasan lain.
“Apabila UMNO menyatakan hasrat untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan, ia satu alasan terbaik kepada MCA melepaskannya bagaimanapun dengan syarat kerusi Indera Mahkota diberikan kepada mereka,” katanya.
Ps: Inilah semangat toleransi yang mampu ditonjolkan kepada rakyat dan ianya hanya dilakukan didalam Barisan Nasional sahaja.
Kalau dalam Pakatan Pembangkang, belum apa - apa lagi, diorang dah berebut - rebut kerusi. Belum apa - apa lagi, dah mula beramuk sesama sendiri.
Dah nampak sangat yang Si Fuziah Thoron ni hanya mengambil kesempatan dalam isu pertukaran kerusi yang digembar - gemburkan baru - baru ini.
Semua orang tahu yang kedudukan kerusi Parlimen Kuantan yang disandangnya pada ketika ini sudah mula 'goyang' akibat pendedahan terhadap penyelewengannya.
Nak pulak kalau kerusi tu diserahkan kepada UMNO. Kalau ianya kekal kepada MCA, kemungkinan untuk dia terus 'hidup' ada peluang lagi.
Ini disebabkan kebanyakkan kaum Cina yang menyokong Gerakan Anti Lynas dibawah pimpinan dia masih ramai.
Manakala kebanyakkan orang Melayu pula sudah mula sedar akan perkara - perkara yang dilakukan oleh 'Ratu Lynas Bergelang Mutiara Putih' ini.
Mereka dah dapat lihat betapa Si Fuziah ni hanya tahu memutar belitkan fakta dan menyelewengkan pemikiran mereka sahaja.
Nak kata yang Si Fuziah ni jaga kebajikan rakyat? Jangan harap la. Yang dia tau menipu rakyat je kerjanya. Bukan dia tau buat kerja lain pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.