Wah!!! Tak sangka pulak apa yang Semut nyatakan sebelum ni benar - benar berlaku. Malah ianya turut diakui pulak oleh puak Pakatan Pembangkang di Pahang sendiri.
Katanya, Pengerusi PKR Pahang tu memang ada hati nak merampas kawasan PAS di Berserah seterusnya bertanding bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota.
Tindakan tersebut dilihat seolah - olah PKR Pahang mula menunjukkan sikap tamak mereka dan ingin mengambil tempat bagi menggantikan PAS dikawasan tersebut.
Secara tidak lansung, PKR juga turut menyatakan bahawa PAS memang tidak mampu untuk terus mempertahankan kawasan Indera Mahkota dari jatuh kepada tangan BN nanti.
Jadi, memang betul la PKR Pahang mula memandang rendah kepada PAS walaupun mereka jelas tidak mempunyai jentera yang cukup untuk menghadapi BN dalam PRU akan datang.
Tak malu betul PKR yang diketuai oleh Si Fauzi Pendek ni ye. Tenaga orang dia nak pakai, tapi tempat orang tu dia nak rampas.
Bukan setakat kerusi DUN je yang dia nak. Sekali dengan kerusi Parlimen pun nak diangkatnya sekali. Punya tamak!!!
Hasrat Si Fauzi ni pun bukan kecik - kecik anak. Dia pun katanya ada hati nak jadi MB Pahang. Kalau dia jadi MB Pahang, Pak Berahim nak letak mana?
Persoalannya, takkan Pak Berahim sanggup tengok impian dia selama ini yang memang dah diketahui cukup mengidam nak jadi MB akan dibiarkan terlepas begitu sahaja?
Fuziah Vs Ambiga
Dalam perkembangan lain, Si Fuziah tu pun katanya sedang menghadapi cabaran daripada Ambiga yang tiba - tiba muncul di Kuantan baru - baru ni.
Kehadiran Ambiga dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh puak - puak Anti Lynas di Taman Gelora baru - baru ini juga turut mengundang spekulasi dikalangan mereka.
Ada pihak yang menyatakan bahawa Si Ambiga tu sedang 'melawat' kawasan untuk dia bertanding dalam PRU akan datang. Dan Kuantan merupakan salah satu destinasi tujuan dia.
Mungkin, sebab itulah, Ambiga tu sanggup turun ke Kuantan baru - baru ini dan Si Fuziah tu juga dilaporkan agak tidak senang hati dengan kehadiran Ambiga tu.
Nak pulak bila Si Fuziah tu sekarang ni agak goyang di Kuantan akibat pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat berkaitan dengan penyelewengan fakta yang dia buat sebelum ini.
Dalam kesempatan inilah, Si Ambiga tu akan menggunakan peluang untuk merampas kerusi Parlimen Kuantan daripada Si Fuziah.
Huh!!! Kalau macam ni la gayanya, asyik nak berebut kerusi je kerjanya, macam mana diorang nak jaga kebajikan rakyat? Sekarang pun dah tak terjaga, inikan pulak kalau diorang dah dapat kuasa nanti!!! Punah la jawabnya!!!
Ps: DAPigs jugak senyum meleret tengok diorang beramuk sesama sendiri. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu!!!
ni la kesepakatan yg paling kuat yg dibuat oleh pakatan rakyat...
BalasPadamtolong gado lagi heavy lagi bagus...
pejuang hamas...
Assalam Bro
BalasPadamAkhirnya yang salah adalah UMNO/BN.. Ini semua kerja UMNO... Sendiri perangai macam anjing, sendiri nak salahkan UMNO/BN... modal basi...