Apa nasib Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang pada ketika ini? Itulah diantara persoalan yang mula timbul dikalangan rakyat mengenai situasi Politik mereka.
Persoalan itu mula timbul berikutan beberapa kepincangan yang berlaku diantara mereka sejak akhir - akhir ini. Nak pulak bagi puak - puak Parti Kencing Rakyat tu.
Lepas satu, satu musibah yang menimpa mereka. Habis kesemua pemimpin utama mereka dulu semakin hari semakin menjauhkan diri dari parti itu.
Termasuklah ada yang meninggalkannya terus kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Pusat. Dan begitu juga diperingkat Negeri.
Segala - galanya bermula sejak sebahagian ahli PKR Indera Mahkota mula meninggalkan parti tersebut awal tahun ini.
Ia merupakan rentetan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, yang meletakkan jawatan sebelum ini dimana dia dengan jelas menyatakan PKR Pahang tidak ada hala tuju.
Dan seperti yang dapat kita lihat, PKR Pahang memang buntu dalam menentukan hala tuju mereka. Malahan, tidak ada lansung sebarang aktiviti yang mereka lakukan.
Apa yang mereka mampu buat hanya menumpang agenda Si Fuziah 'Reaktor' berkaitan dengan bantahan pembinaan kilang Lynas di Kuantan sahaja.
Itu pun dah kantoi menipu dan dijelaskan oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat bahawa apa yang dibuat Si Fuziah sebelum ini hanyalah penyelewengan fakta semata - mata.
Malah PAS Pahang juga kelihatan sudah bosan dengan permainan Politik Si Fuziah ini dimana pemimpin utama mereka pun tidak menyertai Perhimpunan baru - baru ini.
Desas desus juga menyatakan bahawa ketidak-hadiran pemimpin PAS Pahang baru - baru ini disebabkan mereka sudah sedar dengan agenda PKR yang sebenarnya.
Melalui sumber yang diperolehi, PAS pada ketika ini memandang serong kepada PKR yang katanya mahu merampas semula beberapa kerusi PAS di Pahang.
Antaranya ialah DUN Berserah yang mahu dikembalikan semula kepada Si Fauzi Pendek. DUN tersebut kini diduduki oleh Tuan Syed Lonik dari PAS.
Fauzi pernah menyandang kerusi DUN Berserah pada tahun 1990an sewaktu Si Ketua Penipu tu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dengan itu, PKR mudah menuduh PAS tidak tahu buat kerja sehinggakan terpaksa memanggil Ahli Parlimen lain untuk membantu mereka mencetuskan kontroversi.
Dengar cerita, Si Ambiga BERSHIT tu juga mula menaruhkan minat untuk bertanding di Pahang ni memandangkan kerusi Parlimen Indera Mahkota sudah kosong.
Ianya berikutan tindakan Azan Ismail yang dijadikan sebagai Pengerusi PKR Terengganu oleh kepimpinan PKR Pusat.
Inilah yang orang kata, jangan sangka air yang tenang tidak bergelora. Kalau kita lihat dengan lebih dalam, dasarnya berkeladak. Baik jaga diri sendiri dulu sebelum sibuk nak jaga tepi kain orang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.