Khamis, Oktober 13, 2011


Wah!!! Sejak dah jadi 'Ustaz' ni, bukan main lagi dia ye. Punya besar kepala dia sampaikan JAIS pulak kena pergi kutip dia dekat rumah.

Inilah dia dasar manusia yang tak sedar diri. Baru diberi hidayah sikit, dah nak sombong, dah nak berlagak riak dengan apa yang dia ada.

Lepas tu, dah buat salah, tak nak mengaku pulak. Konon, kata dia, pihak JAIS tu ada kuasa untuk ambik dia dekat rumah. 

Maka sebab itulah dia tak nak datang ke Pejabat untuk bagi keterangan mengenai isu dia bagi 'ceramah' tak de tauliah baru - baru ni.

Yang dia nak bagi ceramah tu pun atas dasar apa sebenarnya? Apa ilmu yang dia ada nak bagi cermah kat orang tak tentu pasal ni?

Sedangkan Dr. Mohd Asri hari tu kena tangkap dengan JAIS pun, masih sanggup merendahkan diri untuk pergi ke Pejabat JAIS dan bagi keterangan.

Yang dia ni takde ilmu pun nak tunjuk lagak sangat pasal apa? Dia rasa diri dia tu dah bagus sangat dah ke? Apa, besar sangat ke ilmu yang dia ada sampai orang kena sujud pulak pada dia? Dasar manusia tak sedar diri. Ceit!!! Pigidah!!!

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.
“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya dipetik Berita Harian dan Harian Metro hari ini.
Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.
Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” 
Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor."
Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Sebelum ini, Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais bagi memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak agensi itu sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.
“Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” katanya yang mempertahankan tidak melanggar peraturan agensi tersebut.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. alaa peraturan manusia (mesti kena ada tauliah) kalau tak ikut tu bukan main JAIS saman la tangkap la serbu la.jaga peraturan la sgt.

    tggula nanti Allah yg lagi MAHA PENJAGA PERATURANNYA.ada peraturan Allah bagi suruh ikut tapi tak nak ikut.

    BalasPadam
  2. sepatutnya bukan dia sorang yg kena..dengan jais ....jais kena angkut sekali AJK masjid yg benarkan saudara RAJA Lawak kita tuu buat ceramah ..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping