Isnin, Oktober 03, 2011

Nak Buat Macam Mana, Menteri Besar Pun Asyik Tido Je!!!
Korang jangan silap. Jangan mudah sangat nak buat dakwaan yang bukan - bukan kalau tak tau apa istilah sebenarnya. Kaji dulu sebelum buat sebarang dakwaan.

Kalau korang nak tau, inilah salah satu istilah sebenar Negara Kebajikan yang hendak dilaksanakan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Bagi diorang, masalah air ni masalah kecik je. Bukan satu masalah besar. Nak pulak kalau masalah tu melibatkan rakyat. Lagi la diorang tak peduli.

Bukan setakat tak de air je yang menjadi istilah Negara Kebajikan PAS ni. Tak de peruntukan untuk menjaga Kebersihan Masjid, tak de pembinaan Masjid baru pun terlibat sama.

Walaupun diorang berdegar - degar dan dengan bangga mendabik dada kata diorang memperjuangkan Islam, tetapi perkara ini hanya dianggap kecil.

Lagi pun, tak de air ni bukan salah Kerajaan PAS Kelantan. Semuanya salah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan tak tau. Itu je la alasan diorang pun!!!

TUMPAT 2 Okt. - Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.
Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.
"Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.
Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.
Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.
"Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.
Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. - Bernama
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kdang kadang kenyataan sebenar tidak sama dgn yg di lapurkan...contohnya banyak sekolah di Kelantan terlibat dgn pentandingan sekolah cantik,ramai pelajar di pusat pengajian tinggi adalah dari Kelantan,tidak kedengaran rakyat Kelantan bersembahyang di dalam khemah kerana kekurangan mesjid/surau,apabila ke Kelantan kita kadang kadang ada mengalami masaalah air tapi itu berlaku di semua tempat kalau tak percaya tengok rancangan keluaran tv 3 di mana hari hari orang merungut ketiadaaan air walau di Kuala Lumpur sekalipun.Seandainya masaalah air begitu meruncing tentulah rakyat yg waras akan berpaling tadah menyokong BN/UMNO tapi ini tidak berlaku semenjak lebih dari 20 tahun PAS memerintah.Setiap kali kita tengok ada tunjuk perasaan atau demo ,muka yg sama saja yg terpampang dan dari 10,000 penduduk hanya 50 orang saja yg berdemo.Kalau dari segi psychoanalisis golongan yg kecil ini adalah golongan sakit jiwa atau mental.Jadi berpada padalah hendak memburukkkan orang dan apabila ada musibah beristigfarlah banyak banyak.

    BalasPadam
  2. Kebanyakan rumah2 yang baru dibina di Kelantan di buat siap dengan telaga air boring untuk lari dari masalah air. Extra charge RM3~4k bagi loan pembelian rumah. Ramai penduduk kampung pendalaman juga telah berbuat demikian- dengan belanja sendiri.

    Itu sebab penurunan kadar komplen berkaitan air di Kelantan-BUKAN kerana PAS pandai takbir negeri.

    HARAP MAKLUM.

    Penduduk Sempadan Tanah Merah-Machang



    Harap maklum

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama berkata...
    Kdang kadang kenyataan sebenar tidak sama dgn yg di lapurkan...contohnya banyak sekolah di Kelantan terlibat dgn pentandingan sekolah cantik,ramai pelajar di pusat pengajian tinggi adalah dari Kelantan,tidak kedengaran rakyat Kelantan bersembahyang di dalam khemah kerana kekurangan mesjid/surau,apabila ke Kelantan kita kadang kadang ada mengalami masaalah air tapi itu berlaku di semua tempat kalau tak percaya tengok rancangan keluaran tv 3 di mana hari hari orang merungut ketiadaaan air walau di Kuala Lumpur sekalipun.Seandainya masaalah air begitu meruncing tentulah rakyat yg waras akan berpaling tadah menyokong BN/UMNO tapi ini tidak berlaku semenjak lebih dari 20 tahun PAS memerintah.Setiap kali kita tengok ada tunjuk perasaan atau demo ,muka yg sama saja yg terpampang dan dari 10,000 penduduk hanya 50 orang saja yg berdemo.Kalau dari segi psychoanalisis golongan yg kecil ini adalah golongan sakit jiwa atau mental.Jadi berpada padalah hendak memburukkkan orang dan apabila ada musibah beristigfarlah banyak banyak.

    3 Oktober 2011 8:14 AM <- FAKTA TAK BETUL, ANDA SEORANG PEMBOHONG....MUNGKIN KAH ORG KELANTAN KURANG SEMBAHYANG KAT MASJID WAHAI SI PEMBOHONG ? .... PEMBOHONG TEGAR MINUM AIR KOTOR !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping