Selasa, Oktober 18, 2011


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tuduhan pemimpin Umno bahawa peruntukan penyelenggaraan RM55 juta telah dilesapkan merupakan penghinaan ke atas kakitangan awam negeri itu.
Justeru, Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pengkritik terus mendakwa kononnya wang itu diseleweng atau dilesapkan.
“Ini merupakan kali terakhir kerajaan negeri memberi penjelasan tentang perkara ini.
“Jika ada lagi tuduhan penyelewengan melibatkan dana kerajaan tanpa bukti sahih, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh dan media yang sewenang-wenangnya menyiarkan tuduhan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas Khalid, amanah rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu dan akan bekerja keras untuk memastikan amanah rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab.
Justeru kata beliau, kerajaan negeri memandang serius tuduhan seorang bekas menteri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed kononnya baki peruntukan penyelenggaraan pada 2009 berjumlah RM55 juta telah dilesapkan kerajaan negeri.
“Tuduhan liar ini bertujuan untuk mencalar kewibawaan dan kredibiliti Kerajaan Negeri.
“Lebih dari itu, kita merasakan tuduhan ini turut menghina penjawat awam yang telah bekerja keras bagi memastikan dana negeri diurus dengan baik dan profesional,” kata beliau lagi.
Baru-baru ini laporan media memaparkan laporan mendakwa wang RM55 juta itu merupakan baki daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri bagi menyelengarakan kemudahan infrastruktur di Selangor. Mohd Zin yang juga Setiausaha Umno Selangor meminta penjelasan Menteri Besar berkenaan cara duit itu dibelanjakan.

Ps: Hek eleh, Si Khalid Gagap ni. Kata nak mengamalkan budaya Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam Kerajaan.

Tapi bila orang tanya, dia nak melenting tak tentu pasal ni kenapa? Tanya pun dah tak boleh ke? Tetiba je dia ketar lutut tak tentu pasal, ada apa - apa ke?

Wah, kalau diorang, semua benda mintak. Siap nak hapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) lagi. Ni tanya pasal baki duit pun salah.

Yang Si Nurul Izzah tu dok hari - hari menyalak pasal perbelanjaan Kementerian Pertahanan tak pe pulak. Tak de pulak Datuk Zahid Hamidi marah - marah.

Kalau tak de benda salah yang dibuat, kenapa dia nak marah - marah macam ni? Kenapa dia nak buat tuduhan yang tak tentu pasal? Dah tentu ada benda yang tak kena. Nak bagi jawapan pun tergagap - gagap. Lagi nak cerita banyak. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. saman YB, saman...saman sebanyak 55 juta, bolih cover balik jika terhilang lah....kalau tidak hilang alhamdullilah, biar je dia org cakap...tapi jgn cakap je, tunjuk bukti YB, tunjuk...kan senang YB.

    BalasPadam
  2. yb jangan marah nanti kena jual..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping