Sambungan dari Bahagian 1. Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?. Logikkah penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa penduduk mengadu kepada Sultan, BPR dan Biro Pengaduan JPM?
Kenapa pihak kuil yg disokong MIC semasa BN dulu disokong pula? Salahkah penduduk minta bantuan Pertubuhan NGO?. Adakah Wakil Rakyat menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam?.
Penduduk menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk juga yang terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar dikawasan sendiri.
Semasa menyambut Aidilfitri Okt 2008 gangguan bising lagu Hindu dipasang kuat setiap malam. Nov dan Dis 2008 ganguan bising menjadi2.
Kumpulan berpakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan menganggu ketenteraman awam. Kawasan penduduk jadi tempat pemuda Hindu berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk.
Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah.
Ada rumah diconteng besar nombor kumpulan gangster 303. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Tindakan drastik NGO bina gelanggang mengurangkan sedikit masalah penduduk.
NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. 30 Mei 2009 YB Adun maklumkan kuil akan pindah. Tapak kuil baru dipilh berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23.
Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina berhampiran kawasan mereka. Tapak dikatakan 200 meter dari kawasan penduduk Sek 23 hanya diseberang Padang Permainan.
Laporan MTEN Selangor Julai 2009 ada menyebut masalah penduduk Sek 19 hadapi tekanan akibat gangguan kuil dan bantahan penduduk Islam Sek 23. Kenapa tapak kuil dipagar walaupun penduduk buat bantahan?.
Pada 28/8/2009 demo penduduk Sek 23 di SUK. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?.
Pada 26/7/2008 Hindu kuil Sek 19 buat perarakan bergendang waktu tengah malam jam 1 pagi bawa patung besar kuda terbang dihadapan rumah peduduk Islam. Suasana malam itu kecoh.
Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Islam tidak ada tindakan segera?.
Tetapi bila Melayu bawa kepala lembu kecoh jadi isu Negara. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Ramai pemimpin Islam PR buat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam.
Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun?.
Pada 30/09/2009 risalah “ Isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23” diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam dituduh menimbulkan isu perkauman.
Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Sek 19 dibela dan disokong. Kenapa media PR lebih percaya maklumat pihak yang menceroboh tanah PKNS?.
Adilkah jika laporan lebih banyak menyalahkan orang Islam sahaja? Penduduk terpaksa menerima cercaan pelbagai pihak kerana hendak mempertahankan hak dikawasan sendiri.
Kenapa segelintir pemimpin politik Islam terlalu menjaga hati bukan Islam tetapi dalam masa yang sama tidak peduli sensitiviti masyarakat Islam sendiri?.
Disebabkan pemimpin PAS berdendam dengan UMNO penduduk Islam yang terpaksa menerima kesannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.