Rabu, Oktober 05, 2011


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.

Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.

Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

Merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rais menegaskan:

"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Rais menyatakan demikian dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam blognya, limguaneng.com hari ini yang mendakwa Rais membuat tuduhan palsu mengenai satu majlis rasmi dihadiri menteri berkenaan di Pulau Pinang yang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.


Ps: Memang perangai macam sial la Si Biawak Guan Eng ni. Perangai betul - betul macam musibat. Dia yang kuat menipu, ada hati nak tuduh orang pulak.

Padahal, hari tu, dia dah kantoi menipu berkenaan dengan isu menghina Negeri Johor sampaikan DYMM Tuanku Sultan Johor pun murka dengan dia.

Lepas tu, taktik nak kata yang dia tak bersalah, nak saman la BERNAMA kononnya. Tapi sampai hari ni, tak saman - saman jugak. Apa kejadahnya?

Kalau dah namanya pemimpin dari Pakatan Pembangkang ni, apa lagi kerja diorang ye tak? Menipu tu je la kerjanya, mana ada kerja lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping