Fuh!!! Tinggi betul cita - cita Si Mat Gelap Idris Ahmad ni rupanya ye. Sayang jugak dia kepada Si Wali Terompah tu.
Dia KONONnya nak perli kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengingatkan bangsa Melayu mengenai masa depan mereka.
Maka, Si Idris Ahmad ni pun cuba nak jadi Hero kepada bangsa Melayu dengan menyatakan bahawa kuasa Politik orang Melayu tidak akan lenyap.
KONONnya, kata Si Idris Ahmad, PAS akan pasti menjaga kuasa Politik bangsa Melayu dimasa akan datang.
PAS, komponen Pakatan Rakyat memberi jaminan kaum Melayu negara ini tidak akan hilang kuasa, sebaliknya ia mampu menyelamatkan masyarakat Melayu Islam kerana Umno didapati gagal menjaga amanah bangsa sepanjang lima dekad lalu.
“Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Idris Ahmad menjawab pendirian bekas perdana menteri itu kelmarin.
Ceh!!! Cakap pandai la Si idris ni. Tapi bila tiba masa suruh diorang buat, Hapah satu pun diorang tak mampu buat.
Tak payah fikir masa akan datang la. Tengok sekarang pun dah boleh tau macam mana PAS jaga Politik Melayu di negeri - negeri dibawah Pakatan Pembangkang tu.
Penang sebagai contoh. Berkuasa sangat ke PAS di Penang tu sampaikan hak orang Melayu disingkirkan satu persatu? Jangan kata pasal kuasa Politik, ekonomi pun tergugat.
Apa yang PAS Pulau Pinang buat untuk memastikan kuasa Politik Melayu terus subur di Pulau Mutiara tu? Tak de apa pun.
Semakin hari, orang Melayu di Pulau Pinang semakin terpinggir. Perjuangkan bangsa Melayu menda kejadahnya yang PAS buat kat sana?
Di Selangor pun macam tu jugak. Ada pemimpin yang nak memperjuangkan hak Melayu Islam, siapa yang bantah? Diorang jugak.
Tak ketinggalan jugak bila kita berbicara mengenai Si Wali Terompah tu sendiri. Dia sebagai Mursyidul Am PAS pun tak mengaku bangsa Melayu, lagi nak jaga Politik Melayu?
Baru ini la PAS nak jaga Politik bangsa Melayu KONONnya. Kalau dulu, bukan main lagi diorang marah sebab BN mengamalkan Politik Perkauman.
Sekarang, diorang nak mengaku pulak yang diorang ni pun mengamalkan amalan politik mengikut bangsa jugak ke? Dah macam ludah ke langit, terkena pada muka sendiri la pulak!!!
Kalau betul dia nak selamatkan Politik bangsa Melayu, suruh dia selamatkan dulu Si Wali Terompah tu la. Tak payah nak sibuk pasal orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.