Jumaat, Oktober 14, 2011


Apa la nasib Si Ketua Penipu ni ye. Ada saksi pembelaan, semuanya tak boleh pakai belaka. Semuanya tak berguna.

Baik yang dari Malaysia, mahupun yang dia import dari Negara luar. Semuanya sama je. Tak boleh diharapkan lansung untuk membantu.

Ingatkan, bila dia panggil Doktor Thomas Hoogland, boleh la tolong dia serba sedikit. Tapi itu pun tak jadi jugak. Keterangan yang diberikan masih lagi meragukan.

Walaupun Thomas Hoogland menyatakan adalah tidak mungkin Si Anugay tu membongkok, dia juga tidak dapat menjelaskan sama ada Si Ketua Penipu tu boleh membalun Mohd Saiful.

Malah, dia juga turut mengakui yang dia GAGAL untuk memulihkan penyakit Si Ketua Penipu itu walaupun sudah dibedah.

Apabila klip video Si Ketua Penipu itu ditunjukkan kepada dia, Hoogland mula teragak - agak untuk menjawab soalan dari pihak Pendakwa.

AIDCNews – 13/10/11 – Saksi pembela kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Thomas Hoogland mula dicabar oleh pihak pendakwa berkaitan keterangannya yang mendakwa Anwar tidak boleh membongkok sebagai justifikasi tidak boleh meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebagai menempelak Hoogland, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menunjukkan rakaman CCTV Anwar dalam salah sebuah lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 yang memaparkan Anwar membongkok untuk mengambil beg bimbitnya.
Tarikh rakaman ini sama dengan tarikh kejadian liwat didakwa berlaku.
Ketika disoal Mohd Yusof, adakah rakaman berkenaan menunjukkan tertuduh membongkok untuk mengambil beg bimbitnya tanpa berasa sakit?
Jawab Hoogland, beliau tidak boleh menilai video itu dengan tepat kerana memandangkan rakaman dipertontonkan dengan cepat dan riak wajah tertuduh tidak dapat dilihat dengan jelas.
Mahkamah juga dimaklumkan, walaupun tertuduh telah menjalani pembedahan pada tahun 2004, dan keadaannya sedikit pulih, namun, ia tidak dapat menyembuhkan penyakit tersebut sepenuhnya.
Si Ketua Penipu tu pun satu hal jugak. Yang dia susah - susah nak panggil 'Awang Import' ni buat apa? Bayar je mahal, tapi tak boleh buat kerja.

Macam la dia tak de saksi Pembelaan didalam Malaysia sendiri. Kenapa dia tak panggil isteri atau anak dia untuk jadi saksi? Bukan ke diorang ni saksi alibi Si Ketua Penipu tu?

Jadi, buat apa dia buang masa dengan saksi - saksi yang tak mendatangkan sebarang faedah dan manfaat kepada dia untuk sesi pembelaan ni?

Apa, dia tak sedar ke yang dia sedang menghabiskan duit rakyat dengan memangjangkan tempoh perbicaraan ni? Kata nak sangat berjuang untuk rakyat. Kalau dah macam ni caranya, berjuang menda ke jadahnya!!!

Ps: Kalau Semut ada penyakit tulang belakang, mati hidup semula Semut tak pergi jumpa Si Hoogland ni. 

Bayar je mahal - mahal, tapi tak boleh nak sembuhkan penyakit, buat apa? Tak ke mengabihkan duit rakyat je namanya tu?


1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping