Ahad, Oktober 23, 2011


Memang patut sangat Si Wali Terompah ni malu dengan tindakan yang nak diambil oleh Si Din Pudu ni. Nampak sangat yang diorang ni tak mendahulukan Islam dalam perjuangan.

Katanya, Si Din Pudu ni akan membawa isu berkaitan dengan penggantungan Si Aziz Bari oleh pihak pengurusan UIAM ke Parlimen dalam sidang Dewan yang akan datang.

Kononnya, Si Din Pudu ni nak cari Keadilan bagi pihak Si Aziz Bari ni dengan membangkitkan isu tersebut di Parlimen. Itu kata dia. Nak tuntut Keadilan konon.

Pasal Si Aziz Bari ni, sibuk pulak dia nak bangkitkan dalam sidang Parlimen. Kenapa dia tak bangkitkan isu yang sama berkaitan dengan nasib Naib Canselor dan Pegawai UniSel sebelum ini?

Kot ye pun nak tuntut Keadilan, biar la betul - betul Adil. Jangan la berat sebelah hanya semata - mata kepentingan Politik diorang pulak. Apa yang dibuat oleh Si Din Pudu ni merupakan contoh diskriminasi mereka.

Adakah itu salah satu tuntutan didalam Islam agar bertindak mengikut kepentingan Politik dan bukan atas dasar Keadilan yang sebenarnya? Itu ke yang diperjuangkan PAS selama ini?

Yang pasal Si Aziz Bari tu, dia sibuk sangat. Tapi pasal isu berkaitan dengan Akidah Umat Islam, kenapa dia tak nak bangkitkan di sidang Dewan? Adakah isu berkaitan dengan akidah ni tidak penting?

Sepatutnya, Si Din Pudu ni sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam perlu mendahulukan isu seumpama itu didalam sidang Dewan.

Kenapa dia tidak mendesak agar pihak Kerajaan mempertingkatkan kesedaran terhadap gejala memurtadkan umat Islam di Malaysia ni? Kenapa dia tak cadangkan agar Kerajaan memperkasakan pendidikan Islam diperingkat Sekolah lagi?

Tidakkah perkara seumpama itu lebih penting kalau nak dibandingkan dengan isu yang berkaitan dengan Si Aziz Bari ni? Ke diorang dah ubah agenda perjuangan?

Dari memperjuangkan Islam kepada memperjuangkan individu tertentu demi kepentingan Politik mereka sahaja? Kalau macam tu, memang sah la PAS tak layak nak digelar sebagai pejuang Islam. Setakat jadi Penjahanam boleh la!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping