Ahad, Oktober 23, 2011

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sebelum ini dikritik hebat dan dikenakan tuduhan bulan lalu berhubung kenyataan menyentuh peristiwa Bukit Kepong, terus berhadapan dengan kecaman 18 persatuan dan kelab bekas anggota tentera dan polis.

Dalam iklan bertemakan “Tegakkan kebenaran, wira Malaysia tidak akan dilupai”, disiarkan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, pemimpin persatuan dan kelab mewakili pegawai dan anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, mereka membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad.

“Kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota Tentera Diraja Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad Sabu yang mengiktiraf Mat Indera, ketua pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang kemerdekaan.

“Kenyataan beliau ini menghina perajurit dan keluarga yang terkorban semasa menentang komunis dan boleh mengancam kedaulatan negara, agama dan perpaduan bangsa,” kata mesej 15 persatuan dan kelab anggota tentera.

Muhammad Bin Sabu atau dikenali sebagai “Mat Sabu” dihadapkan di mahkamah susulan siri laporan polis ke atas beliau sejak akhir Ogos lalu.

Sementara mesej di muka bersebelahan, yang dibawa oleh tiga persatuan bekas pegawai dan anggota PDRM pula berkata, “kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota PDRM yang taat setia kepada raja dan negara serta mencintai keamanan berasa amat marah dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu, yang menghina pengorbanan anggota polis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sambil memuji pengganas komunis sebagai wira.”

Mesej itu juga berkata, kenyataan tersebut adalah dangkal dan tidak berperikemanusiaan.

“Ia telah memperlekek, menghina, mencerca, menjatuhkan maruah dan martabat warga polis yang telah terkorban atau cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara dan institusi kepolisan,” kata presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Pesara P
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Si Badut Gemuk tu dah lama tak keluarkan kenyataan...

    BalasPadam
  2. siapalah persatuan tu umgok2 semua pun tak pedulikan dia ini mesti belum dapat duit pampasan ni kesian kesian

    BalasPadam
  3. Dengar khabar mat sebu ialah anak kepada chin peng, isteri kedua. betulkah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping