Entah apa - apa la Si Nurul Izzah ni ye. Dah tak de 'point' nak balun pasal pembentangan bajet yang dibuat oleh PM, dia bantai pergi dedahkan rahsia Papa dia pulak.
Kalau sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu kata bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib tu tak bagus. Ada kekurangan disana sini.
Tetapi secara tak lansung, kenyataan tersebut disangkal oleh mereka sendiri apabila menyatakan bahawa bajet tu diciplak dari bajet yang diorang buat.
Kalau diorang kata bajet Datuk Seri Najib buat tu menciplak bajet diorang dan ianya tak bagus, bererti bajet yang diorang buat tak bagus jugak la sebenarnya.
Benda semudah ini pun diorang tak faham jugak ke? Atau diorang sengaja buat - buat tak faham? Atau sengaja nak memutar belitkan fakta seperti biasa?
Berbalik kepada kisah Si Nurul Izzah ni. Dia dah tau yang Papa dia jugak ada buat bajet bagi pihak Pakatan Pembangkang. Dan dia jugak nak bajet tu diiktiraf oleh rakyat.
Maka dia pun turut serta mempertikaikan pembentangan bajet yang dibuat baru - baru ni. Kata dia, bajet tu tidak disertakan dengan Laporan Audit Negara.
KONONnya, kata Si Nurul Izzah ni, laporan tu tidak didedahkan sebab ada kenyataan didalamnya yang memuji Negeri Kelantan secara lansung.
KOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit."Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan."Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebenarnya, Si Nurul Izzah ni cuma nak menyedapkan hati orang di Kelantan je. Jadi dia buat la kenyataan tu sebab dia pun berucap di negeri tersebut.
Dan secara tak lansungnya, Si Nurul Izzah ni jugak dah membocorkan rahsia Papanya sendiri. Papa dia pun buat bajet tak berdasarkan Laporan Audit Negara!!!
Apa yang Papa dia buat hanya mengikut sedap hati dia je. Bukan berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Audit Negara.
Jadi tak salah la kalau kita kata bajet Pakatan Pembangkang ni bajet penipu. Jangan pulak diorang hanya nampak nyamuk diseberang laut, tapi gajah depan mata dia buat tak tau pulak!!!
laporan baik tp bila ada pendedahan rasa LICIK pulak
BalasPadam