KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan Sabtu ini bagi membincangkan isu khusus murtad dan pemesongan akidah di kalangan Muslim.
Ia memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin ke atas mana-mana ahli yang menyertai perhimpunan itu kerana ia melanggar keputusan kepimpinan parti malam tadi.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata arahan tersebut dikeluarkan susulan pendirian PAS pusat semalam bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan itu.
“Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS petang ini.
Menurut Khairuddin, arahan terebut dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Selangor selaras dengan arahan yang diterima daripada Presiden PAS.
Dalam kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata biro politik memutuskan bahawa pihaknya mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik.
Dalam pada itu Dr Rani mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah mengeluarkan arahan kepada pemimpin pelbagai peringkat selepas mesyuarat biro politik semalam.
“PAS Selangor akan akur dan patuh kepada tindakan diambil kepimpinan pusat bahawa kita tidak wajar hadir perhimpunan itu sebagai parti politik.
“Ini sebagai tindakan menghormati kehendak penganjur Himpun untuk menjadikannya majlis bukan politik,” kata Adun Meru ini.
“PAS adalah parti politik, bukan NGO. Kami tidak harus mengambil bahagian,” katanya lagi. Dr Rani menjelaskan ahli parti itu boleh hadir atas kapasiti sebagai wakil NGO.
Tambah beliau, jika mana-mana ahli didapati hadir dengan menggunakan logo atau kain rentang PAS dan mengisytiharkan diri mereka ahlinya, tindakan disiplin akan dikenakan.
Ps: Secara tidak lansung, PAS mengakui bahawa pembabitannya dalam Perhimpunan BERSHIT 2.0 adalah lebih suci.
Lebih suci daripada mempertahankan akidah umat Islam. Bagi mereka, Himpunan Sejuta Umat ini hanya membuangkan masa sahaja.
Dan dalam masa yang sama, PAS juga menyatakan bahawa BERSHIT pimpinan Ambiga adalah sebuah agenda Politik yang mesti didahulukan oleh mereka.
Adakah mereka masih layak untuk digelarkan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam setelah mereka sendiri TAKUT nak mempertahankannya?
Dah jelas terbukti buat sekian kalinya. PAS HANYA SEBUAH PARTI POLITIK!!! BUKAN PEJUANG ISLAM!!!
PAS sudah murtad. Sah undi PAS adalah undi ke neraka. Jgn bimbang kami rakyat Islam tak akan undi PAS. Ramai kawan2 pejabat dari Kelantan pun x akan undi PAS dah sebab byk terpesong akidah mereka. mereka hanya nak derma kami sahaja. PAS parti karut.
BalasPadamSampai satu tahap umat akan terpisah tanpa ada ruang kemungkinan untuk bertaut kembali hinggalah ke satu masa (turunnya Nabi Isa).
BalasPadamApakah jangkaan kehadiran semula Nabi Isa AS atas muka bumi di akhir zaman membuatkan umat sekarang dilanda "kristus mania"?
Umat yang dilanda kristus mania membayangkan bahawa agama akhir zaman adalah agama Kristus?
Justeru, pengikut kristus mania harus bertanyakan soalan ini pada diri mereka: Agama apakah yang akan disahkan oleh Nabi Isa AS? Kristus?
Kalau itulah kepercayaannya makanya tidak hairanlah kalau sesetengah kumpulan ummah merapatkan diri dengan gerakan kristus atas alasan yang tidak difahami oleh akal yang normal.
Atas Pagar
Petikan artikel Khalid Samad pada 12/01/2009 yang menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada Kuil Hindu Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad tidak persoalkan gangguan Hindu yang sudah keterlaluan kepada penduduk hingga terpaksa minta bantuan NGO Jan 2009?. Siapa yang sebenarnya bersikap double std?.
BalasPadamUndang Double Standard dan BN
Mungkin UMNO dalam isu ini ingin menggunakan dasar ‘divide and rule’. Mereka tak senang melihat orang berbilang agama dan berbilang kaum bersatu atas isu yang seperti ini. Mereka hanya inginkan orang Melayu Islam sahaja bersatu supaya mereka boleh berkata kepada PAS, “lihat, kita ada banyak persamaan, marilah kita bersatu”.
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.
Tetapi yang anehnya tindakan provokasi mereka langsung tidak dihalang. Polis ada tetapi hanya melihat. Terkenang pula kita peristiwa Ahmad Ismail Penang dulu. Dia yang mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan hasutan, Teresa Kok dan RPK yang ditahan ISA! Inilah double standard kerajaan BN yang akan hanya menambahkan meluatnya rakyat terhadap mereka. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah pihak polis bersetuju dengan tindakan Pewaris? Adakah Pewaris mempunyai pelindung sehingga polis tidak bertindak walaupun kegiatan Pewaris jelas provokasi? Adakah provokasi dan ketegangan kaum yang mereka inginkan? Jawapan kepada persoalan ini hanya mampu dijawab oleh saudara semua, mengikut penilaian dan kebijaksanaan masing-masing. Yang jelas ada double standard! Yang lagi jelas, double standard ini tidak akan berakhir selagi BN memerintah.
Bagi penghuni Seksyen 19, khususnya yang rumah mereka seberang jalan kuil berkenaan, bersabarlah. Pihak kuil sudah bersetuju untuk berpindah hanya ‘kita’ sahaja yang belum memberikan mereka tempat alternatif yang boleh diterima oleh mereka. Sambil menunggu mereka tidak dibenarkan membuat apa-apa pembinaan di kuil tersebut, sehingga bumbung mereka terus merupakan trampolin (kanvas) yang ditembusi hujan bila ianya hujan. Tandas mereka bagaikan pondok usang yang akan roboh pada bila-bila masa. Isu penempatan baru kuil ini akan diselesaikan tak lama lagi, insyaAllah. Pada bulan 10 selepas Raya kita telah berbincang dengan semua pihak. Sepatutnya dah ada keputusan sbelum ini. Malangnya Dato’ Bandar ke luar negara dan seterusnya mengikuti kursus. Hanya baru-baru ini dapat bertemu kembali.
Sebelum datangnya gerombolan Pewaris kami telah bermesyuarat. Ada beberapa tapak yang dicadangkan. Pihak kuil akan menziarahi tapak-tapak ini sebelum memberi kata putus. Harap-harap boleh selesai dengan baik. Sekiranya dapat selesai, maka ianya akan merupakan kejayaan besar kerajaan PR. Sedangkan UMNO/BN hanya pandai menimbulkan masalah. Seperti Pewaris. Mereka ingin mengusir kuil tersebut. Soalnya, ke mana? Mereka tak tahu dan mereka tak kisah. Tetapi, itu bukan cara kita menyelesaikan masalah, itu hanya menambahkan masalah.
WalLahu 'Alam
Posted by Khalid Samad at 5:35 PM Labels: BN, Islam, PR, Shah Alam, UMNO.
Memang jelas PAS adalah parti politik dulu, Perjuangan/perpaduan Islam seperti yg dianjurkan oleh Rasulullah SAW jatuh jadi slogan semata2. Sudah terang lagi bersuluh.
BalasPadamhttp://www.khalidsamad.com/2009/01/undang-undang-ds-atau-bn.html
BalasPadamUntuk info lebih jelas semak blog berikut:
http://kuilharam.blogspot.com/2011/08/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html
http://xavierjayakumar.blogspot.com/2009/09/memahami-isu-pemindahan-kuil-sri.html
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1776895
TK. Anon 12:51