Khamis, Oktober 20, 2011


Sejak kebelakangan ni, banyak persoalan timbul dari kalangan parti Politik mengenai isu - isu semasa. Nak pulak bila bercerita tentang kedudukan kerusi bagi PRU yang akan datang.

Semut pernah mengajukan soalan, mana yang lebih penting? Adakah 'Winable Candidate' itu penting atau yang banyak buat kerja itu lebih penting?

Soalan ini sebenarnya diajukan bagi pemimpin parti Komponen didalam Barisan Nasional itu sendiri. Tak semestinya 'Winable Candidate' itu boleh menang sebab dia ramai penyokong.

Orang zaman sekarang, bukannya nak tengok calon itu boleh menang atau tidak. Yang penting orang nak tau, sama ada calon tu boleh buat kerja untuk rakyat atau tidak.

Tapi, bila berbicara mengenai perkara ini, banyak aspek yang perlu diperhatikan. Contohnya, macam seorang pemimpin kanan parti Komponen BN di Pahang ni.

Dia ada hati nak jadi pemimpin. Siap mintak pulak kuota kerusi yang telah ditetapkan agar tidak berubah. Kalau berubah pun, dia mintak ganti dengan yang lain.

Maknanya, kalau kata kuota tu ada 5, diorang nak 5 jugak. Kiranya, diorang tak nak kuota tu berkurangan daripada yang sedia ada.

Kalau macam ni la keadaannya, macam mana nak ditentukan sama ada dia 'Winable Candidate' atau tidak? Apa hak dia nak tuntut kuota tersebut?

Dalam masa yang sama, dia tak pernah pun dilihat menjuarai satu - satu isu. Yang dibuat hanyalah membangkitkan isu itu sahaja. 

Itu pun dia buat atas dasar kepentingan diri dia sendiri. Bukannya untuk kepentingan rakyat atau untuk kemenangan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Sebagai contoh dalam isu bantahan terhadap pembinaan kilang Lynas di Gebeng. Dah banyak kali NGO membuat perhimpunan menyokong tindakan Kerajaan Negeri.

Tetapi, malangnya, pemimpin kanan parti komponen BN yang menuntut kuota kerusi ni tak pernah nampak muka pun. Kenapa dia sendiri tak pernah turun?

Jangan kata dia nak tunjuk muka. Malah anak - anak buah dia pun turut sama menentang tindakan Kerajaan dan menyokong Gerakan Anti Lynas.

Logiknya, adakah layak bagi orang seperti ini nak buat sebarang tuntutan? Adakah benar dia mempunyai pengikut yang ramai sehingga dapat mempengaruhi keadaan semasa?

Kalau betul dia ada pengikut, Nah! Ini cabaran Semut. Suruh dia buat himpunan dari kalangan orang - orang dia sendiri menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan.

Jangan setakat cakap je pandai. Jangan tau nak buat tuntutan je kerjanya. Dan jangan la dia nak jadi macam puak - puak DAPigs tu pulak!!!

Ps: Kalau sapa makan cili, terasa pedasnya. Semut cuba nak berlapik dan tidak mendedahkan nama pemimpin kanan Parti Komponen BN tu. 

Tapi, kalau dia tak sedar jugak, memang sah la dia bukan 'Winable Candidate'. Setakat 'Wannabe' je la!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping