Isnin, Oktober 17, 2011


Dalam keghairahan Si Biawak ni menyidir pihak Kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang, dia secara tak sengaja melempang muka Si Ketua Penipu tu jugak.

Dalam kenyataan media dia hari ini, Si Biawak tu mencabar Datuk Seri Najib agar mendedahkan siapa yang bakal menggantikan dia sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Barisan Nasional (BN) seharusnya mengumumkan nama-nama calon alternatif bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, kata Lim Guan Eng hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas jaminan Datuk Seri Najib Razak kepada Gerakan bahawa parti itu tetap akan mengekalkan tampuk kepimpinan apabila BN menawan balik negeri tersebut.
“Saya mahu mengatakan sebelum mereka melakukan, mereka harus menamakan calon ketua menteri alternatif.
“Kita perlu bersedia.. jika ada ketua menteri alternatif, kami berminat untuk tahu. Bukan sahaja di Pulau Pinang, di Selangor juga. Siapa Menteri Besar alternatif? Di Kedah juga, dan juga di Kelantan,” kata beliau (gambar) di George Town hari ini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata Pakatan Rakyat melihat cabaran BN untuk mahu menang balik Pulau Pinang dengan sangat serius.
Kata beliau, BN menggunakan pembohongan dan taktik-taktik kotor untuk memperlekehkan pentadbirannya.
“Kami akan berhadapan dengan pilihan raya paling kotor. Anda ada Umno yang menyebarkan pembohongan bahawa kami ini anti-Islam dan di sebelah lain pula anda ada Gerakan yang menyerang kerajaan negeri menambah peruntukan untuk hal ehwal Islam,” katanya lagi.
Lim juga berkata Pulau Pinang tidak akan ikut langkah Najib jika memanggil pilihan raya umum tahun ini tetapi sebaliknya kemungkinan berbuat demikian jika pilihan raya umum dipanggil 2012.
Kiranya, dia mintak kepimpinan Barisan Nasional bagi senarai kabinet bayangan la jika mereka berjaya menawan Pulau Mutiara tu kelak.

Yang puak - puak Pakatan tu pulak macam mana? Kenapa diorang sampai hari ni masih tak keluar dengan senarai Kabinet Bayangan diorang sendiri?

Atau adakah diorang tidak serius untuk mengambil alih Putrajaya dalam PRU akan datang? Jangan setakat pandai nak mempertikaikan pasal orang je. Kaji la diri sendiri tu terlebih dahulu. Baru la boleh kau nak bercakap pasal orang lain!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Apa hal lu nak tau siapa bakal CM atau MB di Selangor ni Guan Eng. Lu pikir ler sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping