Ish Tun Dr. Mahathir ni. Ribut tak de, angin tak de, tetiba pulak dia nak bocorkan rahsia Si Ketua Penipu tu pulak. Apa rahsia yang dia dah dedahkan?
Tapi jangan salah sangka. Rahsia ni pun sebenarnya bukan isu baru. Tapi dah lama dah isu ni timbul sebenarnya. Sejak awal tahun lagi, isu ni dah hangat diperkatakan.
Kali ini, ianya boleh dijadikan bukti pulak dalam perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful.
Sebelum ini, Doktor yang merawat sakit tulang belakang Si Ketua Penipu tu kata, punca penyakit tu disebabkan kerana dia dipukul oleh Polis.
Tapi, dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini jelas membuktikan yang Si Ketua Penipu tu dah kencing Doktor Hoogland hidup - hidup. Meh baca kenyataan dibawah:
AIDCNews – 17/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah jatuh kuda, hingga hampir patah lehernya, tetapi kemudiannya beliau menukar cerita dengan menuduh pihak polis mencederakan lehernya, begitulah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bukunya, A Doctor In The House, MPH Group Publishing Sdn Bhd, 2011.
“Selama bertahun-tahun, kami mempunyai hubungan peribadi yang baik. Beliau menunggang kuda sepertimana yang saya lakukan, walaupun beliau terbukti adalah penunggang yang tidak sabar. Sebelum beliau pandai menunggang dengan betul, (tetapi) beliau (sudah) mula menunggang kencang.“Beliau jatuh dan hampir patah lehernya dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kemudian beliau menuduh pihak polis telah mencederakan lehernya”, katanya.
Eh! Bukan ke Si Ketua Penipu tu kata dia nak ambik tindakan terhadap penerbitan buku Tun Dr. Mahathir sebelum ni? Jadi, kenapa dia masih belum ambik tindakan?
Kalau diingatkan balik, dalam buku Tun ni ada tulis mengenai skandal Si Ketua Penipu tu dengan empat orang wanita.
Dua daripada wanita tersebut sanggup memenuhi kehendak Si Ketua Penipu tu, dan dua lagi pulak menolak. Dan perkara tersebut turut diakui oleh sahabat baik Si Ketua penipu tu sendiri.
Jadi, sekarang ni macam mana? Adakah dia akan ambik tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun dalam buku dia ni? Atau adakah dia hanya akan mendiamkan diri?
Ke dia nak kata yang ianya hanya konspirasi demi menjatuhkan maruah dia je? Kalau dia berani, ambik tindakan. Setakat bercakap je, apa guna!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.