"Ingatan Saya Banyak Ni Je Tinggal" |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.
Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.
Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.
Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.
"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?
"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Ps: Ai!!! Si Suhaizan Kaiat ni lupa ke atau dia memang saja - saja buat - buat lupa? Ke dia memang hilang ingatan?
Dah tersampuk dengan penyakit SI Mat Syabun Komunis Penipu tu kot. Maka sebab tu la dia kata kenyataan bekas Pengerusi SPR ni sebagai satu lawak.
Yang sebenarnya, dia yang sedang buat lawak kot. Apa, dia lupa ke yang PAS sebelum ni beria - ia menentang penggunaan dakwat kekal ni bagi tujuan Pilihan Raya?
Alasan diorang pada ketika itu ialah penggunaan dakwat kekal ni tak sah untuk dibawa solat sebab wudhuk tak telap kulit.
Dan diorang jugak yang timbulkan spekulasi mengatakan yang dakwat kekal ni mengandungi lemak babi yang membuatkan ianya melekat pada kulit.
Takkan itu pun dia tak tau kot? Ke dia sengaja buat lawak untuk daftar diri bagi pertandingan Maharaja Lawak?
Inilah akibatnya kalau asyik sangat berkawan dengan juri Raja Lawak tu. Kot ye pun nak cari salah orang, jangan la sampai membodohkan diri sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.