Isnin, Oktober 10, 2011

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONETambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com, terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangoryang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.
Ps: Macam ni ke yang diorang kata diorang dengar suara rakyat? Sedangkan suara dari kalangan ahli sendiri pun dipinggirkan, lagi diorang kata diorang dengar suara rakyat?

Ini bukan isu baru. Isu ni dah lama sangat dah sebenarnya. Sejak dari masa pemilihan parti hari tu dah diorang buat tak peduli je dengan tuntutan ahli ni.

Apa jadi dengan laporan atau aduan yang dah dibuat terhadap penyelewegan sepanjang pemilihan tu? Kenapa sampai sekarang masih tak de sebarang tindakan yang diambil?

Dah terbukti yang puak - puak Parti Kencing Rakyat ni memang tak ambik 'port' sangat dengan apa yang disampaikan oleh ahli diorang ni.

Bayangkan. Dengan ahli sendiri pun diorang boleh buat tak peduli. Inikan pulak dengan orang yang tak ada kena mengena lansung dengan diorang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. apa susah....dengan khalid ibrahim, dengann anwar ibrahim sekali bolih CHAUUUUUUUU....ONE SEN NO USE..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping