Khamis, Oktober 06, 2011


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, saksi seterusnya dalam kes liwat Si Ketua Penipu itu adalah Dr. Thomas Hoogland.

Seorang Doktor bedah Orthopedik, Hoogland menjelaskan bahawa dia mempunyai kepakaran dalam pembedahan tulang belakang.

Hoogland menjelaskan bahawa dia pernah membuat sebanyak 14,000 pembedahan tulang belakang, menerbitkan 26 Journal dan 5 buah buku.

Malah, kata Hoogland, dia juga pernah merawat DYMM Sultan Kedah sebelum ini dan mempunyai pengalaman memberi keterangan didalam Mahkamah.

Hoogland juga turut memberi penjelasan mengenai struktur penting dalam tulang belakang manusia menggunakan kerangka hidup didalam mahkamah.

Dr. Thomas Hoogland menjelaskan bahawa dia merawat Si Ketua Penipu itu buat kali pertama pada tahun April 2001 di Hospital Kuala Lumpur.

Kali kedua Si Ketua Penipu tu mendapat rawatan daripada Hoogland adalah pada September 2004 di Alpha Klinik, Munich selepas keluar dari penjara.

Selepas mengambil X-Ray dan menjalani MRI, Hoogland mengesahkan bahawa Si Ketua Penipu itu memerlukan pembedahan dengan menggunakan 'Local Anaesthesia'.

Hoogland juga menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu pernah memberi tahunya mengenai serangan pihak Polis ketika pemeriksaan pada 5 September 2004.

Memetik laporan didalam rekod, Hoogland menjelaskan kepada mahkamah, sejak 'diserang' oleh pihak Polis, Si Ketua Penipu itu mengalami masalah ditulang belakangnya.

Pada ketika ini, tidak ada sebarang pembedahan yang dibuat sehingga 'pesakit' mengadu sakit tulang belakangnya bertambah, tambah Hoogland lagi.

Si Ketua Penipu itu juga, kata Hoogland, mempunyai masalah di kedua - dua belah kakinya ketika berjalan, memerlukan sokongan dan 'Neck Brace' akibat kesakitan lamanya itu.

Dia menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu juga turut mengalami kesakitan ketika membongkok ke belakang atau ke hadapan.

Hoogland menjelaskan bahawa Si Ketua Penipu itu berada di Hospital bermula sejak 6 September sehingga 27 September 2004 bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dr. Hoogland juga turut menjelaskan bahawa dia TIDAK melakukan pembedahan pada satu 'Jointing' tulang belakang yang rosak.

Namun, Hoogland menyatakan bahawa 'Degenerative Joint' boleh dibuang oleh pakar bedah lain tetapi ia tidak akan menghalang Arthritis Tulang Belakang.

Sakit tulang belakang ini, katanya, mempunyai kemampuan untuk berulang kembali secara menyeluruh dan kegagalan tulang manusia boleh berlaku secara perlahan tetapi tidak secara semula jadi.

Mahkamah berhenti berehat...

2 ulasan:

  1. tak payah nak membohong la ..
    sakit anuwar cuma "slip dics" cam aku gak ..
    telan ubat ... relax tak buat keje berat 2 minggu .. settle la
    nak sembahyang tak masalah ...
    apa lagi nak memburit !!

    BalasPadam
  2. Bagi Dr.Hoogland tengok video Anwar dengan China Doll tu. kemudian baru bagi keterangan.Tak boleh bongkok depan belakang konon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping