Sabtu, Oktober 22, 2011

...Hidup Jangan Jadi Gunting Dalam Lipatan!!!...
Ini satu kisah sambungan daripada artikel yang Semut buat sebelum ini. Kalau mana - mana yang tak baca lagi laporan tu, boleh klik kat sini.

Kisah ini juga disampaikan oleh sahabat Semut dan ianya memang menarik perhatian kerana inilah kali pertama Semut dengar perkara seumpama ini.

Kisahnya bermula dengan seorang pemimpin kanan parti komponen BN yang mempunyai karisma yang sangat baik.

Dia yang juga merupakan seorang bekas ADUN ni katanya memang seorang yang berwibawa dan tak dinafikan yang dia banyak pengaruh.

Baik dari kalangan bangsa dia mahupun dikalangan bangsa Melayu sendiri. Masyarakat Cina juga turut memberikan sokongan padu kepada dia ni.

Sampai satu tahap, macam dia pulak yang bukak UMNO dikawasan dia. Kalau tak de dia, maknanya, tak de la orang Melayu nak sertai UMNO dikawasan tersebut!!!

Secara peribadinya, dia menunjukkan semangat yang cukup praktikal dan sokongan padu kepada parti yang didokongnya iaitu Barisan Nasional.

Beberapa orang sahabat Semut juga turut mendedahkan bahawa dengan pengaruh yang dia ada, dia mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap isu kilang Lynas.

Maka sebab itulah, apabila setiap kali perhimpunan NGO diadakan, ahli - ahli yang 'menyokong' dia akan 'turun padang' menyertai perhimpunan tersebut.

Masalahnya, mereka hadir bukan nak menyokong Kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya, mereka pulak yang menentangnya.

Demikianlah betapa 'sayangnya' pemimpin ini kepada Barisan Nasional. Setiap kali diadakan Perhimpunan yang menyokong tindakan Kerajaan, muka dia yang dicarai - cari.

Dia dicari bukan sebab nak dia memberikan sepatah dua kata. Tapi sebaliknya, dia dicari sebab dia sendiri pun tak pernah ada!!! Itulah masalahnya.

Jadi sekarang, pemimpin kanan Barisan Nasional ni bangkit membuat tuntutan agar kedudukan kerusi tidak berubah. Kalau berubah pun, ia perlu diganti.

Korang fikir, layak ke orang macam ni nak buat sebarang tuntutan sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri pun tak buat kerja?

Nak harapkan dia boleh membawa perubahan dalam sokongan terhadap tindakan Kerajaan Negeri? Setakat ni, masih tak nampak jugak lagi yang ianya berjaya.

Persoalan Semut mudah. Adakah dia nak pertukaran kerusi itu dibuat atas dasar faktor kemenangan untuk BN atau sekadar kepentingan peribadi semata - mata?

Yang mana satu menjadi pilihan dia sebenarnya? Dia nak menangkan BN atau nak menangkan diri dia sendiri? Ingat!!! Jangan pulak dia nak bawak budaya DAPigs dalam Barisan Nasional!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping