Sabtu, Oktober 22, 2011


Hanya itulah ucapan yang Semut nak ucapkan kepada Datuk Dr. Hassan Ali kerana dia sanggup menentang pimpinan tertinggi PAS.

Dia dengan secara terbukanya mengumumkan kehadirannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan hari ini.

Ianya dilihat bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS sebelum ini yang melarang keras mana - mana ahlinya menyertai Perhimpunan tersebut.
SHAH ALAM, 21 OKT : Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam.
Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.
"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."
Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.
Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.
Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.
Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.
Ini baru la boleh kita gelarkan sebagai Pejuang Islam. Atas kesedaran dia terhadap Islam, maka sebab itulah dia sanggup menentang keputusan pucuk pimpinannya.

Kalau nak harapkan orang lain, mati hidup semula pun belum tentu lagi diorang akan berani mengambil tindakan seumpama ini.

Nak pulak Si Khalid Gereja tu. Nak harapkan dia memperjuangkan Islam, jangan harap la. Kalau suruh dia membela Si Teresa Kok dan Ronnie Liu boleh la. Pejuang konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. pejuang Islam sejati yg tidak seperti lalang..condong mengikut tiupan angin..tidak mudah menggadai prinsip asal demi kepentingan agama...syabas DDHA..

    BalasPadam
  2. Pakcu Rantau Panjang22 Oktober 2011 pada 8:57 PG

    Salam buat tuan dan semua.

    Adalah amat sukar bila kita meletakkan cermin dihadapan tapi melihat dari sudut yang berbeza. Apa lagi jika kita masing-masing menaruh curiga dan sanggup meletak agenda melalui telahan politik miski pun HIMPUN adalah berteraskan tunjang yang satu....akidah.

    Sampai bila-bila pun umat ini tidak akan bersatu selagi pelakon politik pandai bersendiwara dan mengguna dailog yang berbeza.

    Tuhan saja yang maha mengetahui isi hati seseorang dan kepadanya kita berserah.....Walahualam

    BalasPadam
  3. ini keperluan dalam menentukan aqidah umah tidak diserkup oleh kristianisme.Hassan Ali memberi suatu petanda kepada Pas,jangan jadi badut politik yang kelihatan semakin bodoh

    BalasPadam
  4. Inilah perjuangan Islam Yang Sejati,tahniah DHA.

    BalasPadam
  5. Terlalu banyak badut politik dalam PAS hari ini, menyebabkan saya semakin jauh hati..

    Saya akui, dahulu saya taksub dengan PAS, tetapi hari ini, ia bagai parti yang hilang taring dan tiada hala tuju.

    Masih ramai yang berharap PAS dapat menjadi ayam jagoan mendepani isu umat Islam, tetapi semakin diharapkan, semakin ia mengecewakan.

    Saya akan hukum sikap bermuka-muka pemimpin PAS dalam PRU akan datang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping