KUALA LUMPUR 19 Nov. - Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium.Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.
Ps: Patut la Si Wali Terompah tu pun sibuk ambik wudhu' dengan air sungai. Nak harapkan air paip mana boleh sebab tak bersih.
Tapi yang peliknya, tak de pulak dikalangan rakyat Negeri Kelantan yang nak bangkit dan bantah penswastaan perkhidmatan Air di Kelantan ni.
Kenapa diorang tak buat bantahan macam yang dilakukan oleh Kerajaan PKR Selangor terhadap SYABAS? AKSB ni tak dikira turut menyebat duit rakyat ke?
Inilah yang dikatakan menjaga Kebajikan Rakyat yang dilaung - laungkan PAS selama hari ini. Tu pasal la diorang sibuk - sibuk nak tukar dasar perjuangan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.