"...I'm Gay And I'm Ok!!!..." |
KUALA LUMPUR, 8 Nov — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan dan menegaskan ia tidak bermakna komponen Pakatan Rakyat itu menyokong pegangan pergerakan tersebut.“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Sehubungan itu, Anwar (gambar) berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual.Malah beliau juga mengecam media dikawal Umno yang menggunakan isu itu untuk memburuk-burukkan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sepatutnya merasmikan program itu esok.“Mengapa anda layan beliau sebagai seorang penjenayah, mengaibkan beliau dalam cara yang begini?” katanya lagi.
Ps: Apa nak pelik kalau Si Ketua Penipu ni keluarkan kenyataan seperti diatas? Rasanya satu dunia dah tau yang Si Ketua Penipu ni sanggup buat apa sahaja demi Politik.
Sedangkan hari tu masa Perarakan Bershit 2.0 pun, diorang sikit punya bangga dengan penglibatan Pelacur, inikan pulak dengan golongan Biseksual macam ni.
Maka sebab itulah dia kata ianya tidak mengapa untuk dianjurkan program Seksualiti Merdeka ni sebab ianya hak mereka konon.
Sekolah agama mana dia belajar kata yang puak - puak Gay dan Lesbian serta Transeksual ni ada hak mereka sendiri? Kata alim sangat.
Apa, dia tak baca ke apa yang Si Wali Terompah cakap sebelum ni? Dia tak baca ke bantahan Pemuda PAS mengenai penganjuran konsert Elton John tempoh hari?
Itu bermakna, PAS juga turut menolak penganjuran program Seksualiti Merdeka ini daripada ianya diteruskan. Benda dah jelas, nak nafikan apa lagi?
Tapi, persoalannya sekarang, adakah PAS akan buat pusingan U apabila Si Ketua Penipu ni kata yang dia sokong program tersebut diadakan?
Adakah mereka sanggup menelan ludah mereka sendiri dan mengkhianati apa yang telah diucapkan sebelum ini? Atau, adakah mereka akan menentangnya?
Kalau nak kata yang diorang sanggup menentang apa yang diucapkan oleh Si Ketua Penipu ni, tak munasabah. Paling tidak pun diorang akan kata, ianya bukan agenda Pakatan.
Apa yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu ni adalah pandangan peribadi. PAS takkan masuk campur. Itu je la alasan diorang pun kalau nak tutup pekung sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.