KUALA LUMPUR 11 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara kerana tidak mempunyai kredibiliti dan takut memberi teguran kepada sekutu-sekutunya, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
Beliau berkata, sikap penakut itu dapat dilihat apabila Ketua Pembangkang berkenaan terkial-kial dan tidak berani menegur Datuk S. Ambiga yang dijadualkan merasmikan program Seksualiti Merdeka yang mendapat bantahan pelbagai pihak.
"Seorang pemimpin mesti berani menegur tetapi kalau tidak mampu berbuat demikian kerana pernah terhutang budi, maka orang itu tidak layak memimpin.
"Inilah yang berlaku kepada Anwar kerana beliau terhutang budi kepada Ambiga yang menjadi Pengerusi Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dahulu, yang berjuang untuk pihak pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap Anwar yang dilihat tidak menegur Ambiga walaupun menyatakan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyokong program mempromosikan dan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) di negara ini.
Abdul Latif yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, Anwar dan Ambiga boleh disimpulkan sebagai sama tetapi tidak serupa.
"Keduanya mempunyai ideologi yang sama tetapi mereka ini ibarat air dan minyak yang tidak boleh bercampur.
"Bagaimanapun, mereka bekerjasama atas kepentingan masing-masing iaitu Anwar akan sedaya upaya menyokong pihak yang boleh memberi keuntungan politik kepadanya," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.