Korang tak rasa pelik ke dengan perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni? Nak pulak dari kalangan Parti Kencing Rakyat tu.
Diorang ni sebenarnya nak menyokong UMNO ke? Atau diorang masih ada hati dengan UMNO? Maklum la, diorang kan orang buangan UMNO.
Dari dulu sampai sekarang, dibibir diorang tak de benda lain yang boleh disebut. Balik - balik, UMNO, UMNO, UMNO. Sayang betul diorang dengan UMNO ni ye?
Yang herannya, sejak bila pulak UMNO lantik Si Azmin Ali ni jadi promoter untuk diorang? Sampaikan dalam program diorang pun, beria - ia benar diorang sebut - sebut nama UMNO.
Hari ni pun, tak de beza jugak. Dalam Kongres PKR yang diadakan di Pulai Springs, Skudai pun diorang masih berzikir dengan nama UMNO.
Dalam ucapan Timbalan Presiden PKR pagi tadi, rasanya ada dekat seratus kali dia ulang sebut nama UMNO ni. UMNO buat itu, UMNO buat ini.
Kiranya, bagi Si Azmin Ali ni, semua benda UMNO. Tak de yang tak UMNO buat bagi dia. Beratib pulak dia menyebut - nyebut nama UMNO tu. Sampai naik bosan mendengarnya.
Kalau dah semua benda UMNO yang buat, habis PKR buat apa? Buat bodoh je macam diorang? Atau buat tak tau je bila tiba bab menjaga Kebajikan Rakyat? Itu je yang PKR buat?
Selain itu, Si Azmin Ali ni jugak turut membuat dakwaan bahawa orang Melayu hari ini wajar menolak UMNO sebab UMNO ni Anti Melayu. Pulak dah!!!
Bukan ke hari tu diorang sibuk - sibuk buat dakwaan mengatakan yang UMNO ni sebuah parti Rasis yang hanya mementingkan Hak orang Melayu.
Alih - alih, hari ni dia boleh pulak kata UMNO ni Anti Melayu? Apa ke bongok sangat Si Azmin Ali ni? Macam mana dia boleh jadi Timbalan Presiden?
Tapi memang inilah perangai pemimpin - pemimpin Parti Kencing Rakyat ni. Diorang memang suka cakap berbelit - belit. Maklum la, spesis Biawak.
Dah la tu. Dasar tak sedar diri pulak. Diorang hanya nampak salah orang lain je. Salah diri sendiri diorang tak nak pulak kaji. Pemimpin menda kejadahnya kalau macam tu?
Sudah - sudah la tu. Jangan suka sangat mengkaji nyamuk yang ada diseberang laut. Selesaikan dulu bangkai yang ada didepan mata tu. Dah makin busuk dah jadinya.
Tak payah susah - susah nak tutup la. Satu dunia dah dapat hidu bau bangkai korang tu. Takkan itu pun diorang tak sedar diri jugak kot!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.