Jumaat, November 25, 2011


Agak - agak korang, lepas korang baca artikel dibawah ni, apa jawapan yang akan keluar dari mulut Si Khalid Gagap tu nanti ye? Cuba korang baca dulu.
KAJANG: Laporan polis dibuat ke atas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohd Yatim Abu Bakar kerana dipercayai menjadi dalang di sebalik kes penipuan pembeli rumah kos rendah.
Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah (IPD) Hulu Langat berkata seramai 686 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, anggota tentera dan polis menjadi mangsa penipuan.
Sebanyak 15 laporan polis telahpun dilaporkan dan Hamidzun menganggarkan 35 laporan akan dibuat pada hari ini dan minggu depan.
Mangsa-mangsa telah membeli rumah di Taman Harmoni, Balakong; Batu 9, Jalan Cheras; Taman Botani, Klang dan Taman Selayang Mulia, Selayang.
Menurut salah seorang mangsa, Azlan Lam, 36, beliau  membuat bayaran RM2, 100 kepada Yatim.


Penyerahan kunci ditunda



“Saya buat bayaran  pada 15 Mei 2010 dan kami dibawa melihat rumah tersebut.

“Pada peringkat awal, penyerahan kunci ditunda kerana pilihan raya kecil Tenang dan pilihan raya negeri  Sarawak.
“Saya mula syak ada unsur penipuan setelah penundaan berlaku sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri,” kata Azlan setelah membuat laporan polis.
Sementara itu, Hamidzun berkata bahawa beliau percaya bahawa terdapat sindiket di dalam pentadbiran Menteri Besar.
“Saya percaya ada sindiket di kalangan kakitangan politik Menteri Besar,” kata beliau.
Hah! Macam mana? Ada tak kemungkinan tajuk diatas akan diberikan bagi menjawap persoalan yang dibangkitkan ini?

Berani atau tidak Si Khalid Gagap tu nak jawab dengan rakyat bahawa dia lansung tidak terlibat dengan dakwaan yang telah dibuat?

Setakat nak jawab soalan dalam sidang Dewan pun dah tergagap - gagap, inikan pulak nak jawab tuntutan dari kalangan rakyat sendiri. Lagi la dia tak mampu.

Itulah. Orang dah kata jangan cari penyakit. Tapi dia degil. Nak juga jadi Menteri Besar. Kalau jadi Menteri Besar yang Bagus, tahan jugak. Ini tidak. Jadi Menteri Besar Badut, menda kejadahnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau macam ni gayanya terpaksa lah sigagap ni buburkan dewan negeri untuk PRU13 ni kalau tak nanti lepas satu satu lagi tembelang kuncu kuncu terburai dah kalah nanti senang je cakap saya dah tak ada kuasa nak selesaikan ni kita dah kalah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping