Selasa, November 22, 2011


Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan antara pihaknya dan wakil pelajar universiti di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Putrajaya.
"Antara perkara yang dibincangkan oleh pihak pelajar dan kami dalam mesyuarat tersebut ialah program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan menu 1Malaysia yang mana kita kemudian pertimbangkan untuk diperluaskan juga dalam universiti.
"Ia disambut baik dan kebetulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada dalam mesyuarat tersebut.
"Beliau akan cuba melihat bagaimana ia akan dapat dijayakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohamed Khaled berkata KR1M adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan ia wajar dilaksanakan di dalam universiti.
"Kedai Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajan untuk membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi. Ia adalah satu usaha mencerminkan kekuatan kerajaan menghasikan idea meringankan beban rakyat.
"Dan mengapa pula universiti perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat ini. Saya tidak lihat mengapa kita tidak boleh perluaskannya" katanya.  - Bernama
Ps: Nampak gayanya Si Nurul Izzah dan Si Tony Puaka ni akan terus meroyan bila diorang baca artikel diatas ni. 

Sebelum ni, diorang beria - ia benar nak menjatuhkan kredibiliti Kedai Rakyat 1Malaysia ni. Dan ternyata ianya hanya sia - sia belaka.

Lagi pun kita bukan tak tau. Diorang ni memang dengki bila Kerajaan bagi manfaat kepada rakyat terutama sekali bagi membantu meringankan beban mereka.

Tambahan pulak, agenda tokey - tokey DAPigs tu dah pun diketahui ramai. Tembelang mereka dah dipecahkan oleh Si Tony Puaka dan Nurul Izzah ni sendiri.

Jadi, tak perlu la diorang nak melalak - lalak macam orang gila mempertikaikan pasal KR1M ni lagi. Buat je la kerja masing - masing untuk rakyat. Jangan setakat tau nak mempertikaikan pasal orang lain je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping