SHAH ALAM, 8 Nov — Barisan Nasional (BN) Selangor akan menumpukan perbahasan mereka ke atas isu-isu pemungkiran janji oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sejak Mac 2008 ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok.Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata, BN selaku pembangkang di Selangor akan mendedahkan dan membongkar pelbagai isu dan penyelewengan pentadbiran pakatan yang dibentuk oleh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selama tiga tahun tujuh bulan sejak 8 Mac 2008.Pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-12 lepas, yang menekankan antaranya janji-janji untuk mewujudkan pentadbiran berwibawa, bertanggungjawab, telus, cekap, jujur, amanah dan berintegriti tinggi, katanya pada sidang media di sini hari ini.Satim mendakwa kerajaan negeri juga belum menunaikan janjinya untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus bagi rumah kediaman sehingga sekarang.“Isu cukai pintu merupakan satu perkara yang amat besar kerana 60 peratus daripada masyarakat di Selangor adalah di bandar dan mengapa tidak turunkan cukai di peringkat pihak berkuasa tempatan,” katanya dipetik Bernama Online.Satim berkata apa sebenarnya program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri sedangkan selama tiga tahun ini tiada kedengaran pelaksanaan projek rumah kos rendah atau kos sederhana rendah tetapi sebaliknya hanya memberikan kupon RM100 untuk warga emas membeli-belah.Selain itu, urus tadbir Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut akan dipertikaikan dan sehingga sekarang laporan audit terhadap operasi PKNS yang didakwa menghadapi masalah dan berlaku penyelewengan, masih belum lagi dikeluarkan, katanya.Menyentuh hasrat DAP untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan belanjawan kerajaan, Satim berkata beliau mencabar DAP bersama PAS dan PKR untuk memulakan tindakan mengurangkan jumlah penjawat awam di negeri-negeri yang diperintah mereka seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.Mengenai ketelusan, beliau juga berkata sampai sekarang para Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor belum menerima laporan lengkap mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, yang menimbulkan kontroversi, awal Ogos lalu.
Ps: Memang patut pun didedahkan janji - janji Pakatan Pembangkang yang tak tertunai ni kepada rakyat. Biar diorang tau, macam mana rupa sebenar puak Pakatan ni.
Bila berjanji, nak bagi bulan dan bintang. Tapi bila tiba bab perlaksanaan, masing - masing buat tak tahu. Macam - macam alasan yang akan dikeluarkan oleh diorang.
Bukan setakat di Selangor je. Di mana - mana Negeri yang dibawah pemerintahan diorang sama je lebih kurang. Cakap nak buat itu ini. Tapi akhirnya, Hapah satu pun tak dibuatnya.
Kalau setakat bercakap, semua orang pun reti. Suruh budak tadika pun dia pandai bercakap. Tak payah jadi wakil rakyat pun boleh.
Nampak sangat yang puak - puak Pakatan pembangkang ni pandai sembang je. Janji mahligai diatas kayangan. Tapi bila suruh buat, haram tak de yang reti. Yang diorang tau menipu rakyat je kerjanya!!! Macam dah tak de kerja lain!!! Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.