Garu kepala buat apa lagi, Khalid oi! Sepatutnya sekarang ni, dia buat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor.
Disebabkan Kecuaian, Kelalaian serta Kegagalan dia la, Timbalan Pengurus Besar tu didakwa dimahkamah kerana menerima rasuah.
Sekarang, mahkamah dah tolak dakwaan tersebut. Dia nak kata apa lagi? Ternyata, Si Khalid Gagap ni dah menjadikan Timbalan Pengurus tu sebagai kambing hitam dia.
Yang Gagal sebenarnya adalah dia selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor. Tapi disebabkan dia tak nak mengaku KEGAGALAN tersebut, dia tunding jari pada orang lain.
Orang macam ni yang rakyat boleh pilih menjadi wakil mereka? Orang macam ni yang dipilih untuk menjadi pemimpin?
Kalau orang macam ni la jadi pemimpin Negara, jahanam la jawabnya!!! Dia bukan tau buat kerja. Yang dia tau menipu je. Lepas tu tuduh orang lain. Itu je la kerja dia pun!!!
SHAH ALAM 3 Nov. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor yang menghadapi tiga pertuduhan bersetuju menerima suapan melibatkan RM45,000 berhubung Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu tahun lepas.
Hakim M. Bakri Abd Majid membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Saifulruddin Sulaiman.
Saifulruddin, 32, yang dilucutkan jawatannya Februari lepas didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi Abd Rahim, pengurus Syarikat Drift Z Enterprise sebagai upah kerana membantu syarikat itu dipilih dan dilantik sebagai Pengurus Acara untuk Majlis Sambutan 40 Tahun Yayasan Selangor.
Saifulruddin juga didakwa secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM20,000 daripada Husni Hirzi sebagai upah bagi tujuan sama.
Beliau turut menghadapi satu lagi tuduhan menyetuju terima suapan wang tunai RM5,000 daripada Husni Hirzi supaya melepaskan bayaran tambahan program sebanyak RM93,982.40 kepada syarikat beliau. – Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.