Jumaat, November 04, 2011


Haduhai, Bob Lokman ni. Tak abis - abis nak bikin sensasi. Nampak sangat pemikiran dia masih lagi sebagai artis yang suka kepada kontroversi.

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ni, Si Bob Lokman ni kata dia sanggup ditahan Polis dan tidak akan mengaku bersalah dalam kes dia dengan JAIS.

Dalam ruangan HIBURAN mStar Online, Bob Lokman kata dia merasakan tindakan dia tu betul dan dia yakin yang dia berada dikalangan orang yang benar.

Kata dia, apa yang dibuat dan disampaikan kepada orang lain itu hanya bergantung kepada apa yang difikirkan betul.
“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.
“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.
“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.
“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.
Bob. Orang berdakwah dan menyampaikan ceramah ni bukan boleh main fikir apa yang betul je Bob. Dia mesti kena ada ilmu mengenai perkara yang nak disampaikan.

Sedangkan dia sendiri mengaku yang dia pun banyak buat silap sebelum ini, macam mana dia rasa diri dia layak untuk menyampaikan ceramah kepada orang lain?

Dan kalau dia rasa dia berada dikalangan orang - orang yang Benar, kenapa dia Takut nak pergi ke Pejabat JAIS dan memberi keterangan?

Adakah dia rasa yang dia dah buat salah sehingga dia Takut nak berbuat demikian? Atau dia tak pernah dengar orang kata Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah?

Jangan la jadi macam Si Ketua Penipu, Si Anugay tu pulak. Kata dia berada dikalangan orang yang Benar. Tapi bila orang suruh buktikan Kebenaran, dia takutpulak.

Suruh serahkan DNA kepada Mahkamah dia takut. Suruh bagi keterangan bersumpah dia takut. Suruh dia tunjuk jam Omega pun dia takut.

Jadi, macam mana dia kata dia didalam kalangan orang - orang yang Benar? Dimana letaknya Kebenaran itu sekiranya dia sendiri pun takut nak menghadapinya!!!

Ps: Dalam dok berceramah tu, sempat lagi dia berniaga. Sepatutnya dia sekarang membanyakkan sedekah. Bukan pegi kutip duit orang!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping