Jumaat, November 18, 2011


Kalau sebelum ni, ramai orang yang meninggalkan komen dalam blog Semut mengatakan Datuk Najib takut nak bubarkan Parlimen pada tarikh 11.11.11.

Diorang bagi alasan tu sebab dah terang - terang Si Chegubard tu kantoi menipu dengan 'sumber dalaman yang diperolehinya'.

Konon, kata dia, dia yakin dengan maklumat yang dia terima dan mengecam PM sekiranya mengadakan Piluhan Raya dalam masa terdekat.

Sekarang kita tengok pulak siapa yang sebenarnya pengecut bila mereka memberikan alasan - alasan untuk tidak turut serta membubarkan DUN sekali dengan Parlimen.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya bersedia menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
"Kita (kerajaan negeri) telah memutuskan tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Ini sebab kerajaan negeri mahu program dalam Belanjawan negeri 2012 yang diluluskan pada persidangan DUN untuk kebajikan rakyat dilaksanakan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, bermula tahun depan.
"Jika ini tidak berlaku, maka ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengutamakan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Dah jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni semuanya dah ketar kepala lutut masing - masing. Takut hilang kuasa. 

Diorang memang dah tak yakin boleh menang dalam PRU akan datang sekiranya ia dibuat secara serentak. Sebab banyak sangat persoalan rakyat yang tak terjawab sehingga kini.

Maka sebab itu la diorang bagi alasan kononnya nak melaksanakan perancangan demi menjaga kebajikan rakyat, KONONnya.

Persoalan yang paling utama, kenapa baru sekarang baru diorang sibuk nak jaga Kebajikan rakyat sedangkan diorang dah 3 tahun memerintah di Negeri Selangor?

Nampak sangat Si Khalid Gagap ni Pengecut nak menghadapi Pilihan Raya sekiranya Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekali dengan Parlimen.

Dia pun tahu yang kredibiliti dia semakin pudar dikalangan ahli - ahli PKR yang dah tak nak dia jadi Menteri Besar. Dengan rakyat biasa pulak, jangan cerita la. Lagi la diorang tak nak.

Jadi sebab itu la dia bagi alasan sedemikian rupa. Takut lepas ni dia dah tak dapat nak jadi Menteri Besar lagi dah!!! Bukan sebab nak jaga Kebajikan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dah agak dah hasil Negeri Selangor banyak lagi yang belum di balun. wahai rakyat Negeri Selangor apa lagi bangun lah jika sigagap tu tidak bersama membubarkan dewan negeri kita buat perarakan seluruh negeri.. kita tunjuk pada si gagap yang akur pada kafir lahanat tu yang rakyat selangor dah bosan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping