Selasa, November 15, 2011


Dah memang tak dapat dinafikan lagi yang Si Tony Puaka dan juga Si Nurul Izzah ni lemah. Lemah dari segi nak cari salah orang lain.

Sedangkan kelemahan diri sendiri diorang tak nak kaji sendiri. Diorang yang tak buat kerja untuk rakyat, tapi sengaja nak buat cerita yang bukan - bukan.

Nampak sangat yang diorang ni dah tak de isu yang nak dimainkan. Tembelang diorang pun dah pecah demi membela agenda Politik mereka semata - mata.

Diorang tak dapat nafikan bahawa kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia ni berjaya juga memecahkan monopoli sesetengah pihak terhadap kawalan harga barang.

Maka memang tak salah kalau kita katakan yang diorang ni sebenarnya tak nak pecahkan sistem monopoli sedia ada. Tinggal lagi, diorang je yang tak nak mengaku.

Hakikat bahawa diorang dah semakin terdesak memang dah jelas. Si Tony Puaka tu pulak memang nak cari jalan agar rakyat lupa apa yang dia buat sebelum ini.

Jadi dia buat la isu lain agar rakyat lupa agenda dia yang nak membuang kakitangan awam jika Pakatan Pembangkang berjaya tawan Putrajaya kelak.

Diorang ingat ni mudah sangat lupa pasal isu tu gamaknya. Dia tak lupa yang rakyat Malaysia ni tak la bodoh sangat macam diorang. Itu pasal la diorang buat kerja yang bukan - bukan!!!
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan dengan tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang sengaja mencari kelemahan Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat).
Beliau berkata, tindakan Tony itu jelas menggambarkan pembangkang resah dan bimbang apabila rakyat kini mula menunjukkan sokongan kepada parti pemerintah.
"Mereka (pembangkang) sudah bimbang, sebab itu mereka asyik 'menyerang'," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Direktori Koperasi dan program pemadanan perniagaan antara Felda Trading Sdn Bhd. di sini, hari ini.
Direktori yang mengandungi lebih daripada 500 outlet produk berlabelkan COOP 1M adalah sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempromosikan usahawan tempatan sebagai pengeluar produk.
Produk COOP 1M yang berkonsepkan sama seperti kedai Rakyat itu menawarkan harga antara 30 dan 40 peratus lebih murah berbanding barangan berjenama terkenal.
Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta pengusaha supaya terus mengekalkan kredibiliti kualiti supaya terus memberi keyakinan kepada rakyat.
Beliau juga menyeru pengusaha produk COOP 1M supaya memenuhi sijil dan piawaian badan berwajib yang ditetapkan serta terus mempertingkatkan mutu keluaran dengan menepati spesifikasi seperti sijil halal.
"Ini menunjukkan harga yang murah tidak semestinya menggambarkan produk tersebut tidak berkualiti," ujarnya.
Ismail Sabri berkata, koperasi yang mengeluarkan produk yang sama perlu berkerjasama dan bergabung bagi membolehkan pengeluaran dalam skala besar dan bukannya bersaing sesama sendiri.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping