Halamak ai!!! Apa kena dengan Si Mak Lampir Zuraidah ni? Takkan sebab Datuk Shahrizat tak sebut pasal isu NFC pun dia nak gila meroyan kot.
Dalam kenyataan sebelum ini, Datuk Seri Shahrizat menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengulas mengenai isu Feedlot dan NFC kerana ianya tidak ada kaitan dengan dirinya.
Dan memang itulah yang telah dilakukan oleh Datuk Shahrizat ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini.
Kata Ketua Wanita UMNO Malaysia tu, Wanita tetap akan menyahut cabaran bagi membantu rakyat dengan memberikan perkhidmatan 'luar biasa'.
Maka sebab itulah Si Mak Lampir Zuraidah ni naik gila sebab dia dah tak de modal untuk terus menyerang Kak Ijat dengan isu berkaitan dengan NFC ni.
Ala, lagi pun kita pun bukan tak tau perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang memang gila cari Publisiti je sebenarnya.
Nak harapkan diorang buat kerja untuk rakyat, mimpi je la. Kalau bab suruh menipu dan memperbodohkan rakyat, memang pandai sangat la diorang ni. Memang itu je la yang diorang tau buat pun!!!
Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.
Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan.
Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat.
"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.
Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.
Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu."Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.
Betul bro kena turun padang dan sambil cari tempat nak bela lembu
BalasPadam