Selasa, November 15, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar bahawa projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak kena-mengena dengan kerajaan pusat adalah salah dan seolah-olah tindakan “mencuci tangan.”
Sehubungan itu tegas Zuraida (gambar), kenyataan Noh kelmarin bukan sahaja tidak tepat, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu.
“Kenyataan beliau bahawa NFC sebuah syarikat swasta yang tidak kena-mengena dengan kerajaan adalah salah.
“Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mempunyai satu saham khas dalam NFC seperti yang disahkan oleh carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti yang diedarkan minggu lepas,” kata beliau lagi.
Katanya, keadaan itu sama seperti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain yang mempunyai pelbagai struktur pegangan saham, tetapi keputusan masih tertakluk kepada kerajaan melalui pegangan satu saham khas tersebut.
Ahli Parlimen Ampang ini berkata kenyataan Noh adalah satu cubaan untuk mencuci tangan dari pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam NFC, yang membuktikan kegagalan dua menteri termasuk timbalan perdana menteri menyelia dan memastikan wang rakyat digunakan dengan sebaiknya.
Ps: Apa la yang Si Mak Lampir Zuraidah ni dok sibuk - sibuk nak buat cerita sana sini ni? Kenapa dia tak buat laporan je mengenai perkara tersebut?

Pergi je la ke balai Polis. Buat laporan mengatakan projek Feedlot tu ada berlaku penyelewengan. Habis cerita.

Rasanya tindakan tu lagi bagus daripada dia nak mengabihkan air liur basi dia tu. Setakat bercakap je buat apa? Tak de hasil.

Jangan la ikut sangat peragai Si Ketua Penipu tu yang hanya pandai bercakap je. Tapi bila suruh ambik tindakan, masing - masing ketar lutut!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping