Ahad, November 13, 2011


KUALA LUMPUR, 13 Nov — PAS, komponen Pakatan Rakyat hari ini menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang akan dilaksanakan di empat negeri mulai Januari ini.
Ahli jawatankuasa kerja PAS Idris Ahmad berkata, tindakan itu tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.
“Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja pembelajaran dan pengajaran.
“Malahan guru sudah menjadi tenaga kerja pelbagai tujuan kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu ambulans jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,” kata beliau dipetik Haprakdaily.
“Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.
“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat,” kata beliau sambil menambah, “budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah.”
Ps: Wah! Kalau macam tu senang la. Bila berlaku sebarang masalah dengan remaja disekolah, jangan la marah ibu bapa dirumah.

Diorang pun turut terbeban dengan tanggungjawab lain. Jadi pemandu ambulan bila pelajar sakit. jadi chef bila anak - anak nak makan dan sebagainya.

Jadi tugas untuk mendidik dan melatih disiplin pelajar ni bukan tanggungjawab ibu bapa. Ianya tanggung jawab Kerajaan.

Nampak sangat yang Si Idris Ahmad ni tak faham dengan konsep tanggungjawab ni sebenarnya. Dia tak faham apa yang dikatakan sebagai Amanah.

Kalau la berlaku apa - apa pada pelajar di sekolah tu. Sebagai contoh ada yang jatuh sakit. Dia nak cikgu tu tengok je ke pelajar tu jatuh sakit dan tak perlu buat apa - apa?

Kalau ditambah pulak masa seorang guru tu kepada 9jam sehari, adakah dia akan tetap membawa balik kerja sekolah dia balik ke rumah?

Orang lain yang kerja di pejabat tu buat semua kerja diorang di pejabat selama 9jam sehari. Macam cikgu ni setakat setengah hari je dia ada disekolah. Habis sekolah dia balik rumah.

Tapi, benda semudah ini pun Si Idris Ahmad ni pun tak faham ke? Apa ke Bebal sangat kepala otak Si Idris Ahmad ni sampaikan perkara seperti itu pun dia tak faham!!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Kalau rasa terbeban dengan tugas bila bekerja dengan sektor awam(kaki-tangan kerajaan la tuu...)dan tak iklas...harap letak jawatan cepat-cepat supaya tidak jadi gila! Anda punya kebebasan untuk bekerja apa sekali pun....jadilah orang yang merdeka...bukannya merungut menyalahkan orang lain!

    BalasPadam
  2. "cikgu ni setakat setengah hari je dia ada disekolah.Habis sekolah dia balik rumah" ..Tidak benar, ramai guru terutama yg mengajar di sekolah menengah balik kerja 3.00 / 4.00 ptg; hari Sabtu ada yg kena bertugas

    BalasPadam
  3. Kami di sektor swasta kerja dari 8.00am sampai 5.30pm tapi paling awal balik pun pukul 7.00pm tak pernah bising pun malah tak pernah claim pun bayaran lebih masa. Bagi kami itu satu tanggung jawab kepada syarikat. Kadang2 kalau ada masalah tengah malam pun masih lagi kena pergi selesaikan. Kata saja kerja 9jam tetapi sebenarnya kami kerja 24jam. Kerja swasta ni tak banyak faedah yang kami dapat seperti di sektor awan tapi kami ikhlas dan kalau asyik dok bising saja bila nak maju.

    BalasPadam
  4. setuju dgn Tanpa Nama 13 November 2011 10:51 PTG ...

    BalasPadam
  5. secara peribadi, aku xsetuju cikgu kerja ikut wktu pjbt. ini akn backfore kerajaan klau dilaksanakn..

    BalasPadam
  6. Bro,

    Mohon link blog MyMassa di blog ini.

    http://mymassa.blogspot.com/

    Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Bukan tujuan Semut nak memburuk - burukkan guru. Ibu bapa Semut juga merupakan guru juga. Nanti Semut ceritakan perbezaan guru zaman diorang dan juga guru zaman sekarang...

    BalasPadam
  8. Tugas guru sememangnya begitu.Di mana-mana pun seluruh dunia.Dari dulu hingga kini.Tok guru pondok mengajar pun free je.Sebab itu kalau tak minat tak boleh jadi guru. Profesyen gurulah yg paling diberi perhatian oleh pihak kerajaan.Peruntukan rumah sampai terlebih-lebih.Tp macam biasa la.Zaman la ni.Makin senang susah sikit sudah riuh satu dunia.Yg nyata mana ada kerja dapat beribu ringgit kerjanya dua kupang....Kalau guru komplain,katakan ramai juga yg nak jd guru tp tak dapat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping