Rabu, November 16, 2011


Pergh!!! Gila la puak - puak Parti Angguk Saja ni sekarang ni. Bukan setakat dasar perjuangan je yang diorang sanggup lacurkan.

Kalau setakat diorang nak tolak penubuhan Negara Islam je tak pe. Walaupun diorang kata yang penubuhan Negara Islam tu tak de dalam Al - Qur'an.

Dalam erti kata lainnya, selama hari ini, diorang berjuang bukan berlandaskan tuntutan yang termaktub dalam Al - Qur'an. 

Lagi diorang nak kata yang orang lain tolak hukum dalam Al - Qur'an ke sampai sanggup mengkafirkan sesama Islam. Itu yang dikatakan sebagai perjuangan Islam?

Lepas tu pulak diorang ni KONONnya nak buat Negara Kebajikan bagi menggantikan Negara Islam tu dulu. Padahal kerajaan sedia ada hari ni pun dah lama jaga kebajikan rakyat.

Yang diorang pulak, baru nak sibuk ke dalam menjaga hal - hal kebajikan rakyat ni? Dulu kenapa tak sibuk nak jaga kebajikan rakyat?

Pun begitu, kerajaan dibawah pemerintahan PAS yang ada sekarang pun tak jugak menjaga perihal kebajikan rakyat ni. Masih ramai juga rakyat dia yang merana.

Sekarang ni, demi menjaga kebajikan rakyat gamaknya. Ahli parlimen PAS ni pun biarkan aje la rumah urut dibuka disebelah pejabat dia.

Kalau dia kata dia tak tau mengenai kewujudan rumah urut ni adalah sesuatu yang mustahil. tak masuk akal lansung kalau dia kata dia tak tahu.

Cuma tinggal lagi, persoalannya sekarang ni ialah kenapa dia tak nak buat bantahan? Sanggup pulak dia biarkan rumah urut tu terus beroperasi dihadapan mata dia?

Takkan itu pun diorang nak kira sebagai menjaga Kebajikan rakyat jugak kot? Perjuangan Islam mana dia belajar kalau itu la alasan dia!!! Jangan la jadi bodoh sangat!!!

Rumah urut belakang pejabat MP PAS
Sulaiman Abdul Razak (Permatang-BN) pula mendedahkan dalam dewan, pusat hiburan kini menjadi mercu tanda di Kuala Selangor dan  mendakwa kewujudan sebuah rumah urut dua tingkat di belakang ibu pejabat milik Ahli Parlimen PAS.
Beliau berkata sebelum tahun 2008 tidak ada pusat hiburan sedemikian, malah turut dikesan 19 rumah tumpangan di Kuala Selangor  yang diragui sama ada mempunyai lesen yang sah atau sebaliknya.
Wong Kun Moon (Kuala Kubu Bharu-BN) yang turut bertanya soalan lisan kepada Ronnie berkata bahawa beliau bersedia untuk  membawa Exco berkenaan untuk meninjau kawasan pusat hiburan tersebut.
“Saya boleh bawa Exco untuk lihat kawasan pusat hiburan itu. Kalau kata polis tidak memberi kerjasama biar saya yang bawa. Kawasan  Sijangkang pun banyak, tidak perlu bukti lagi.
“Mana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan PBT? PBT yang sepatutnya bekerjasama. Ini PBT punya kuasa, polis  tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping